APA YANG BAKAL “DIHIDANGKAN” DI DALAM BLOG INI ?

APA YANG BAKAL “DIHIDANGKAN” DI DALAM BLOG INI ?

Pak Ya & Pak Jo

Sebagai mana telah disebut di dalam pendahuluan blog ini ( Blog Kelab Silat Kalimah {Yahya Said} Selamat Dilancarkan ), di antara tujuan utama penubuhan blog ini adalah untuk memperkenalkan kepada umum idea-idea yang pernah dilontarkan oleh Allahyarham Pak Guru Yahya Said dan juga muridnya ; Pak Jauhari (Pak Jo), khasnya yang berkaitan dengan Islam & Kehidupan dan juga mengenai Silat Kalimah.

Lantaran itu, insya-ALLAH tidak lama lagi, akan “dihidangkan” dan “disajikan” kepada saudara-saudari budiman beberapa tulisan di dalam blog ini yang berkaitan dengan hal-hal tersebut di atas. Di antaranya :

1 – Pengertian “ KALIMAH “ dan “ SILAT KALIMAH “.

2 – Sejarah pengasas awal Silat Kalimah : Syeikh Abdullah Ar-Rifa’ie al-Qibrari dan beberapa hal yang disalah-fahami berkenaan pengasas Silat Kalimah ini.

3 – Silat Kalimah dan gelaran-gelarannya.

4 – Apakah “KEASLIAN” di dalam Silat Kalimah ?.

5 – Allahyarham Pak Yahya Said : Pengembang Silat Kalimah di dunia moden.

6 – Pak Jo : Bermula dengan “ Buah 2 biji setengah “ dan “Lebih bersahabat dari berguru dengan Pak Yahya Said”.

7 – Pak Yahya Said : Kata-katanya yang sinis dan kelakar tetapi mengandungi kebenaran.

8 – Pak Yahya Said : Adalah Guru Silat Kalimah dan bukannya “Pemegang Amanah”.

9 – Mengapa dinamakan “SILAT KALIMAH (YAHYA SAID)” dan kenapa nama “Yahya Said” itu diletakkan di dalam kurungan (bracket) ?.

10 – Silibus & Peringkat Pelajaran di dalam Silat Kalimah.

11 – Beberapa petua & pelajaran yang sering pelatih-pelatih Silat Kalimah “terlepas pandang” mengenainya.

12 – Adakah anda seorang “PENDEKAR” ?.

13 – Silat Kalimah : Tengok senang, buat susah.

14 – Pak Jo : Mengapa Silibus Pelajaran Silat Kalimah diubah-suai olehnya ?.

15 – Jangan “asal jadi” @ “asalkan boleh” di dalam mempelajari dan mengajar Silat Kalimah.

16 – Mengapa diubah logo asal Silat Kalimah , dari berbentuk senjata “Kelewang Jambul” kepada dua tangan yang bersilang ?.

17 – Mengapa ada peringkat-peringkat pelajaran Silat Kalimah yang tidak didedahkan kepada umum ?. Dan mengapa Silat Kalimah hanya dikembangkan untuk umat Islam semata-mata ?.

18 – Mengapa Pak Yahya Said dan Pak Jo mengajar Silat Kalimah di dalam rumah dan bukannya di atas padang / gelanggang badminton @ sepak takraw ?.

19 – Parang Lading & Wali Jantan : Jangan ketawa jika anda tahu kisah sebenarnya ?.

20 – Pak Jo : Silat Kalimah adalah Silat Melayu Asli. Buktinya ?.

21 – Mengapa Pak Jo tidak mengajar buah-buah Silat Kalimah sebanyak 27 biji ?.

22 – Apa lagi yang akan dipelajari selepas tamat peringkat ke-3 di dalam Silat Kalimah ?.

23 – Pak Jo : Belajarlah Silat Kalimah sampai tamat silibus pelajarannya dan jika tidak sesuai, sila tinggalkannya.

24 – Tiadalah kehebatan seseorang itu tanpa kembali menyerah-diri dan memohon sungguh-sungguh kepada ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA.

25 – Apakah hubungan di antara Allahyarham Pak Guru Yahya Said dengan Allahyarham Syeikh Mahmud al-Kedahi (Lanai) : Pengasas Silat Abjad (Asli) dan juga dengan Al-Fadhil Ustaz Mat Janggut (Ahmad bin Che’ Din – Guru Utama Silat Abjad (Asli) sekarang) ?.

Insya-ALLAH, segera meyusul 😉

About Kelab Silat Kalimah (Yahya Said)

The blog for everybody especially for Pak Jauhari's students & lovers.
This entry was posted in AKAN DATANG. Bookmark the permalink.

4 Responses to APA YANG BAKAL “DIHIDANGKAN” DI DALAM BLOG INI ?

  1. Norazly says:

    Abang Muhammad, ada tak dalam simpanan abang artikel sejarah perkembangan Silat Kalimah dari permulaan. Saya dah terlupa nama² panglima² tu…. Terima kasih

  2. naim says:

    boleh sy tau ape hubungan di antara Allahyarham Pak Guru Yahya Said dengan Allahyarham Syeikh Mahmud al-Kedahi (Lanai) : Pengasas Silat Abjad (Asli) dan juga dengan Al-Fadhil Ustaz Mat Janggut (Ahmad bin Che’ Din – Guru Utama Silat Abjad (Asli) sekarang) ?sy nk tau sbb sy nie dr aliran abjad…

    • Assalamu’alaikum wbt Saudara Naim .

      Maaf saya terlambat memberi respon . Saya sibuk hingga tak sempat check inbox blog KSK(YS) ini .

      Allahyarham Pak Yahya Said diijazahkan Amalan Silat ABJAD oleh Al-Fadhil Ustaz Mat Janggut di hadapan Allahyarham Tuan Guru Syeikh Mahmud Nasri Othmani ( Lanai ) pada tahun 1976
      di Istana Bukit Chandan , Kuala Kangsar . Saksi hidup ketika itu adalah Al-Fadhil Ustaz Mat dan Pak Jo sendiri . Ia berlaku selepas berlaku muzakar ilmiah di antara Pak Ya dgn Syeikh Mahmud . Pak Jo sendiri mengakui hal itu dan kami sendiri mendegar hal yg sama apabila menziarahi Al-Fadhil Ust Mat pd bulan lepas. Untuk pengetahuan saudara , tidak sedikit di kalangan pesilat-pesilat Silat Kalimah yang menerima Ijazah Talqin drp Al-Fadhil Ust Mat termasuklah saya sendiri. Alhamdulillah .

      • naim says:

        wslm wbt..ow..mknenye Allahyarham Pak Yahya tu ade belajar silat batin(ibu gayong) setalah mendapat ijazah amalan silat abjad?Muzakar ilmiah tu ape?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s