BLOG SILAT KALIMAH (YAHYA SAID) SELAMAT DILANCARKAN

BLOG SILAT KALIMAH (YAHYA SAID) SELAMAT DILANCARKAN

KELAB SILAT KALIMAH (YAHYA SAID)

Bismillahir Rohmanir Rohim.

Assalamu’alaykum Wa RohmatulLohi Wa Barokatuh dan salam sejahtera kepada semua, khasnya mereka yang mencintai Agama Islam, Silat Kalimah, Allahyarham Pak Guru Yahya Said dan Pak Guru Hj. Jauhari @ Eusof Ali ( Pak Jo ).

Alhamdulillah, hari ini ; AHAD = 28-Zulhijjah-1421 Hijrah = 5-Disember-2010 Masihi, telah berjaya dilancarkan BLOG SILAT KALIMAH (YAHYA SAID) di Alam Maya (Siber) ini.

Di antara tujuan-tujuan utama penubuhan blog ini adalah :

1 – Lebih memperkenalkan kepada khalayak umat akan Pusaka Ilmu dan Warisan Seni yang ditinggalkan oleh Allahyarham Pak Guru Yahya Said menerusi ilmu dan seninya yang bernama “SILAT KALIMAH”.

2 – Lebih memperkenalkan kepada umum segala idea, pandangan, cadangan (saranan) dan pengetahuan yang biasanya dilontarkan oleh guru kami ; Pak Haji Jauhari ( Pak Jo ), hasil pengalaman hidup beliau dan hasil pengajian yang beliau ikuti, khususnya ketika bersahabat dan berguru dengan Allahyarham Pak Guru Yahya Said.

3 – Sebagai sebuah wasilah penerangan dan perkongsian ilmu kepada sesama manusia, khususnya untuk mereka yang menghormati dan mencintai Agama Islam, Silat Melayu, Allahyarham Pak Guru Yahya Said, Pak Jo dan Silat Kalimah (secara lebih khusus).

4 – Mencelikkan umat akan apa yang dimaksudkan dengan ” Silat Kalimah adalah silat pembuka minda “.

5 – Lebih merapatkan persaudaraan sesama pengamal dan pencinta Silat Melayu, lebih-lebih lagi Silat Kalimah.

Semoga usaha yang sedikit ini diredhai ALLAH TA’ALA dan seterusnya DIA menganugerahkan berbagai petunjuk dan kebolehan untuk merealisasikan tujuan-tujuan tersebut.

Amin Ya Robbal ‘ Alamin.

Sekian. Wassalam.

About Kelab Silat Kalimah (Yahya Said)

The blog for everybody especially for Pak Jauhari's students & lovers.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s