MENGAPA PAK YAHYA SAID MENUKAR NAMA TEPISAN-TEPISAN DAN BUAH-BUAH SILAT KALIMAH ?

MENGAPA PAK YAHYA SAID MENUKAR NAMA TEPISAN-TEPISAN DAN BUAH-BUAH SILAT KALIMAH ?

Penulis ( Author & Admin blog ini ) merasakan hal ini perlu diketengahkan lebih dahulu berbanding tajuk-tajuk lain. Apatah lagi, topik ini sangat-sangat kurang dibicarakan sesama guru danpelatih Silat Kalimah. Insya-ALLAH sidang pengunjung dan pembaca blog ini boleh memilih apa-apa sahaja topik yang diminati.

Di zaman awal Allahyarham Pak Yahya Said (Pak Ya) mengembangkan Silat Kalimah, tidak dinafikan banyak nama silat lain yang berada di dalam silibus pelajaran Silat Kalimah ini.

Di antaranya ialah “Keputusan Gayung Fatani” (Silat Gayung Fatani) , “Keputusan Sendeng” (Silat Sendeng), “Keputusan Silat Terlak” , “Buah Pasong Kemanga” (Silat Kemanga), “Buah Hentak” (Silat Harimau) dan “Buah Lintau” (Silat Lintau).

Hal ini menyebabkan Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ketika itu ; Dato’ Haji Kamaruddin bin Mohd Isa (Menteri Besar Perak dari 18 Mac 1970 hingga 4 September 1974) “membuka mulut dan menasihati” Pak Ya. Sememangnya Pak Ya dan beliau mempunyai hubungan disebabkan Dato’ Kamaruddin sendiri berasal dari Batu Kurau, Perak (tempat di mana Pak Ya menetap selepas pencen dari kerja Polis).

Dato’ Haji Kamaruddin menyatakan : “  Pak Ya kata Silat Kalimah ini ada dakwah di dalamnya. Dan sebagai sebuah silat yang ada dakwah di dalamnya, tidak sepatutnya ada nama-nama silat lain yang seolah-olah menggambarkan  unsur-unsur memperlekehkan silat-silat lain itu ”.

Sebagai seorang hamba ALLAH yang biasanya suka “ akur akan hajat orang lain “ , “ meraikan pandangan orang lain “ , “ suka menceriakan kawan “ dan “ low profile ”, Pak Ya pun menerima akan nasihat Dato’ Kamaruddin itu. Apatah lagi Dato’ Kamaruddin sendiri pernah dididik dengan pengajian agama di pondok.

Semenjak itu, Pak Ya pun menukar nama-nama tepisan asas kepada nama-nama baru. Dari tepisan-tepisan yang disebut “ Kaedah A, B, C , D “ di tukar menjadi “ Takbir, Qiyam , Rukuk, Doa “. Dan nama-nama buah yang berunsur silat-silat lain itupun ditukar, sebagai contoh “Keputusan Gayung Fatani” ditukar menjadi “Doa Sambut” , Buah “Keputusan Sendeng” ditukar menjadi “Rukuk Dalam Kanan” , “Buah Hentak” (Silat Harimau) ditukar menjadi “Doa Atas” dan sebagainya.

Namun, Silat Cekak yang dibawa oleh Allahyarham Ustaz Hanafi Haji Ahmad masih mengekalkan lagi nama-nama lama di dalam buah-buah Silat Cekak.

Penulis pernah bertanya kepada beberapa orang jurulatih ketika penulis mempelajari Silat Cekak di Kg. Baru, KL pada awal tahun 90’an dahulu dengan persoalan : “ Mengapa ada nama buah-buah Silat Cekak ini seperti “Keputusan Gayung Fatani” dan “Keputusan Sendeng Atas” ?.  Jawab seorang jurulatih : “Keputusan artinya buah yang terbaik yang ada di dalam sesebuah silat itu. Maka apabila kita mengetahui keputusan buah silat itu, mudahlah kita menghadapi pesilat dari aliran itu”.

Penulis ketika itu diam sahaja namun di dalam hati penulis berkata : “Kalau benar sekalipun buah-buah silat ini dicedok dari buah-buah yang terbaik yang ada di dalam silat-silat lain sekalipun, takkan mereka akan menumbuk seperti gaya orang Silat Cekak menumbuk (tangan di arah lain dan pandangan muka ke arah lain à seperti gaya robot) . Silat Cekak menggunakan buah-buah silat lain tetapi menumbuk mengikut cara dan gaya Silat Cekak sedangkan masing-masing silat ada cara, gaya dan petua masing-masing di dalam menyerang yang tidak difahami oleh pesilat-pesilat Cekak”.

Begitulah kisah Pak Ya telah menukar nama-nama asal tepisan-tepisan dan buah-buah di dalam Silat Kalimah kerana tidak mahu sebarang unsur “ TAKBUR “ di dalam Silat Kalimah yang berasal-usul dari “Silat yang berisi dakwah di dalamnya”. Apatah lagi nama-nama baru ini benar-benar melambangkan bahawa “SILAT KALIMAH ADALAH SILAT YANG DIINSPIRASIKAN DARI PERGERAKAN-PERGERAKAN SOLAT “. Dan lebih-lebih lagi apabila dilihat kepada sosok-peribadi pengasas awal Silat Kalimah ini ; Syeikh Abdullah Al-Qumayri Ar-Rifa’ie Al-Qibrari @ Syeikh Tajreed (yang berasal dari Syahir-Yaman) adalah pendakwah yang telah berjaya mengislamkan Raja Kedah Tua di masa itu ; Raja Merong Mahawangsa II @ Maharaja Dhurbar Raja @ Sultan Mudzafar Syah I .

Bukan sahaja ia tidak sesuai dengan ajaran dan dakwah Islam, bahkan ia juga tidak sesuai “adab bersahabat” dan bertentangan pula dengan pantang-larang Silat Kalimah yang ke-5 : Tidak Boleh Mencaci-Maki Segala Silat Melayu yang lain.

About Kelab Silat Kalimah (Yahya Said)

The blog for everybody especially for Pak Jauhari's students & lovers.
This entry was posted in Pengenalan. Bookmark the permalink.

5 Responses to MENGAPA PAK YAHYA SAID MENUKAR NAMA TEPISAN-TEPISAN DAN BUAH-BUAH SILAT KALIMAH ?

  1. Mr Manzs says:

    Salam, tujuan menulis bukan bertujuan menghina atau memperlekehkan dan mempersendakan tajuk saudara/i. Sekadar berkongsi pandangan hasil dari bersemuka dengan beberapa guru-guru yang terkenal baik dari pelbagai pertubuhan Pendiri PESAKA dan juga guru-guru silat yang berkelayakan. Silat ISTANA yang digembar gemburkan tidak bermakna silat itu yang terbaik. Ini kerana golongan istana tidak berperang, bahkan segelintir golongan istana sahaja yang turun berperang cthnya Laksamana. Jadi asal usul silat istana sangat banyak di Tanah Melayu.. Lihat tengkolok yang dipakai oleh pertubuhan masing-masing. Tajak tengkoloknya di depan maka dilambangkan sebagai silat istana seumpama tajak yang dipakai oleh Raja. Adakah kita nie raja??? Dimanakah wujudnya silat perang golongan bawahan (rakyat biasa) ?? hmm… Mengenai silibus Keputusan gayung dan sebagainya.. saya amat bersetuju dengan saudara/i,benar dan tidak salah mencedok bahkan menguntungkan lagi. Ilmu silat ini sangat luas..tapi perlulah diingatkan bahawa kurikulum dan silibus silat itu bukan untuk menghadapi lawan tetapi bagi tujuan permainan tradisi.. Terima Kasih.. Majulah Silat Untuk Nusantara….

  2. faty says:

    maaf saya ingin mencelah…saudara ada menyatakan ” takkan mereka akan menumbuk seperti gaya orang Silat Cekak menumbuk (tangan di arah lain dan pandangan muka ke arah lain à seperti gaya robot) ” sebenar nya itu semua hanya silibus pembelajaran….situasi sebenar semasa bertempur adalah lain…tumbuk seperti itu adalah utk memudahkan pengamal melakukan gerak ketika berlatih…silat itukan mudah…semua silat adalah sama yg membezakan kehandalan adalah si pebawa silat itu sendiri…” Tidak Boleh Mencaci-Maki Segala Silat Melayu yang lain ” bkn pada silat kalimah @ cekak sahaja tetapi pada silat2 melayu yg lain juga.kita adalah serumpun…

    legenda silat melayu 5 bersaudara…kenapa hanya laksamana hang tuah yang di agung2 kan kehebatannya ? sedangkan mereka belajar dgn guru yg sama, waktu yg sama, silat yg sama & tempat yg sama…kenapa tidak kasturi,lekir,lekiu @ jebat di ceritakan kehebatannya?
    jawabnya…” Ada sehelai baju yg cantik tetapi tidak semua yang memakai baju itu cantik akan menjadi cantik ”

    sekian…hanya sekadar pendapat…

    Perbuatan dapat dizahirkan
    Kata-kata dapat dibatinkan….

    • Terima Kasih di atas Saudara fatyahmad87 di atas komentar saudara . Saya dan kami di Kelab Silat Kalimah (Yahya Said) amat menghargainya :

      Saya tidak berniat menghina pesilat-pesilat Cekak apabila saya nyatakan : ” tumbuk mcm gaya robot dgn mata ke arah lain dan tgn ke arah lain ” . Maksud sebenarnya agar pesilat-pesilat Silat Kalimah dapat melihat ADANYA PERBEZAAN di antara kedua-dua aliran silat itu walaupun kedua-duanyanya berasal dari guru yg sama ; Allahyarham Pak Guru Yahya Said .

      Perbezaannya ialah : Silat Kalimah mengakui bahawa warisan ilmu dan seni yang diterima oleh Pak Ya itu adalah “ ILHAM YANG TERCETUS DARI KAIFIYYAT DAN FALSAFAH SENI SOLAT “ , Sedangkan Silat Cekak yang diperkenalkan oleh Allahyarham Ustaz Hanafi Hj Ahmad tidak pula menyebut hal itu secara terus-terang.

      Disebabkan Silat Kalimah mendakwa seperti itu , maka tatacara pergerakannya pun punya hubungan yang erat dengan TIGA RUKUN BESAR DI DALAM SOLAT , iaitu QOULI ( Perkataan ) – FE’KLI ( Pergerakan Tubuh Badan ) – QOLBI ( Lintasan / Ikrar Hati / Niat ) .

      Dalam bahasa lain ; Tiga Rukun Besar di dalam Solat itu juga DITERIMA-PAKAI di dalam Silat Kalimah apabila seseorang pesilatnya hendak mengguna-pakai ilmu Silat Kalimah itu. Itulah silibus pelajarannya dan itulah juga yang diharapkan menjadi realiti apabila seseorang pesilat Silat Kalimah menghadapi situasi sebenar pergaduhan / pertempuran , kerana “ Apa yang dilatih, itulah yang akan dilatah (menjadi latahan) “ , insya-ALLAH .

      Bukan setakat itu , malahan disebabkan Pak Ya sendiri berpesan : “ U backsight – Foresight – Target “ yang diambil dari falsafah menembak menggunakan senjata api. Sila rujuk tulisan kami berkenaan di : “ PAK YA : BAGAIMANA MENUMBUK ? BELAKANG TAK DAK MATA ? ( https://kelabsilatkalimah.wordpress.com/2010/12/12/pak-ya-bagaimana-menumbuk-belakang-tak-dak-mata )

      Itu semua menunjukkan bahawa Pak Ya menekankan bahawa : “ Apabila menumbuk dan menyerang lawan , mata dan arah kaki hadapan mestilah selari ke arahnya, bukan ke arah lain. Barulah ia menepati kaedah membidik ( aim ) sasaran menggunakan senjata api , bahkan ia juga menepati kehendak 3 Rukun Besar : QOULI – FE’KLI – QOLBI “ .

      QOULI ( Mulut ) mengatakan bahawa lawan itu hendaklah diserang atau jika di dalam latihan : Buah dan serangan apakah yang akan diguna-pakai ? . FEK’LI ( Perbuatan ) pula mengiyakan ( mengesahkan ) apa yang dikatakan itu lalu serangan pun dilancarkan . QOLBI ( Niat Hati ) pula mengesahkan kedudukan lawan yang hendak diserang itu . Inilah MUQORANAH ( Penglibatan Serentak ) di antara ketiga-tiga elemen itu, yang semuanya itu diambil ( terilham ) melalui TATACARA DAN FALSAFAH SENI SOLAT UMAT ISLAM .

      Dan bagi kami yang dididik oleh Pak Jo , cara di atas LEBIH MEMUDAHKAN SILIBUS PELAJARAN ITU DIHAYATI DAN DIAMALKAN . Bukan sahaja untuk pelajaran peringkat I , bahkan untuk kesemua peringkat pelajaran yang terkandung di dalam semua peringkat pembelajaran Silat Kalimah itu sendiri.

      Dan yang lebih penting , itu semua bukan sekadar TEORI SYOK-SENDIRI atau DAKWA-DAKWI , bahkan ia adalah realiti yang lahir daripada didikan dan kata-kata yang biasa disebut dan ditunjukkan sendiri oleh Allahyarham Pak Guru Yahya Said semasa hidupnya.

      Terima Kasih di atas komentar saudara dan keprihatinan saudara terhadap Ilmu dan Seni warisan Allahyarham Pak Guru Yahya Said ini.

  3. faty says:

    Ya Apa yg saudara katakan itu ada benarnya…saya bukan pengamal cekak mahupun kalimah..akan tetapi saya pengkaji silat-silat melayu…setiap seni silat melayu mempunyai keistimewaannya tersendiri dan juga kelemahan tersendiri..Benar “ Apa yang dilatih, itulah yang akan dilatah (menjadi latahan) “…akan tetapi semuanya adalah kuasa ALLAH kerna kita hanya mampu berusaha yang akan memberikan GERAK jika berlaku sesuatu musibah adalah ALLah…
    Tidak kira bagaimana cara tumbukan sesuatu seni itu kerna setiap perbuatan mempunyai sebab dan alasan tersendiri…mengapa gayong bertempur secara terbuka?mengapa lincah bermain terlalu rendah? mengapa kuntau sering mengelak pukulan? mengapa sendeng bertempur cara terlalu rapat?mengapa harimau selalu menangkap kaki?mengapa pukulan melaka byk menggunakan tangan?mengapa lian padukan bertempur lembut?mengapa cemara bugis tempur mengiring?mengapa taring laksamana tempur bergerak ke belakang?mengapa serendeng tepura melompat seperti tupai?mengapa harimau putih menggunakan kaki tetapi tidak tangan….semuanya mempunyai sebab dan alasan tersendiri..silat terlalu istimewa utk diperkatakan…mempunyai rahsia & seni yang tersirat serta tersurat…hanya jauhari mengenal manikam…

    maaf jika kata2 saya menguris hati saudara…silat adalah melayu…
    kalimah @ cekak adalah sama yang membezakan nya adalah pengasas nya…ya Allahyarham Ustaz Hanafi mmg belajar dari Allahyarham Pak Guru Yahya Said sejarah juga mengata demikian malahan Allahyarham Ustaz Hanafi juga mengakui…tetapi sebelum silat ini wujud menjadi Silat Kalimah dan Silat Cekak ianya adalah dari silat yang sama yakni silat yang digunakan oleh panglima negeri kedah….lihat lah semua silat adalah bersangkut paut…contohnya Gayong…cuba saudara lihat ada berapa byk kah silat gayong?ratusan silat gayong…semua nya berasal dari sejrah yang sama…silat harimau..???sama juga..lintau?kuntau?lincah?

    Ada 10 org belajar 1 silat yang sama, dari guru yang sama tempat yang sama..tetapi mereka dari kampung yang berbeza…setelah habis belajar maka mereka pulang membawa ilmu silat yg sama..dan mereka mengajar di kampung masing2..diubah buah pukul..ubah tari, ubah gaya mengikut kepandaian,keselesaan & kecekapan masing2….tetapi hanya 1 sahaja yg xdpt diubah…iaitu SENI silat itu sendiri..kerna SENI susah utk diubah sbb terlalu berharga & terlalu istimewa….maka dari 1 jenis silat kini berkembang menjadi 10 jenis silat lg..berkembang dan terus berkembang….10 menjadi 100….100 menjadi 1000….

    maka disini mari lah kita sama2 memajukan silat melayu..tidak perlu kita membanding2kan silat itu dan ini….

    Parang tidak sebarang parang,
    Parang Melayu bersepuh tangkainya;
    Garang tidak sebarang garang,
    Jika tidak dengan hemahnya.

    Lebah bukan sebarang lebah,
    Membawa madu banyak gunanya;
    Sembah bukan sebarang sembah,
    Sembah Melayu dengan taatnya.

    Kelat bukan sebarang kelat,
    Kelat mengkudu ada khasiatnya;
    Silat bukan sebarang silat,
    Silat Melayu kaya falsafahnya.

    maaf jika ada tersalah kata menguris hati serta perasaan…
    saya hanya manusia biasa sekadar berkongsi maklumat
    semoga kita terus berkongsi maklumat dan pengetahuan…

    sekian salam sahabat nusantara…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s