APAKAH ARTINYA KALIMAH – KALIMAT – KALAM & SILAT KALIMAH & APAKAH MAKSUD KEASLIAN SILAT KALIMAH ?

APAKAH ARTINYA KALIMAH – KALIMAT – KALAM & SILAT KALIMAH & APAKAH MAKSUD KEASLIAN SILAT KALIMAH  ?

 

MENURUT ILMU BAHASA ARAB :

 

Perkataan “KALIMAH” , “KALIMAT” dan “KALAM” adalah berasal dari Bahasa Arab. Maka tak dapat tidak, semuanya itu mestilah dirujuk kembali kepada Ilmu Tatabahasa Arab, khususnya ILMU NAHU.

 

Kitab/Buku Klasik yang paling asas membicarakan mengenai hal itu adalah KITAB “MATN al-AJURRUMIYYAH” (biasa disebut sebagai “MATAN JURUMIYAH”) yang dikarang oleh Al-Imam Abu Abdullah Muhammad bin Muhammad bin Daud As-Sonhaji yang lebih dikenal sebagai Ibnu Ajurrum.

 


 

Kesimpulan yang dapat diambil dari kitab itu (dan kitab-kitab Tatabahasa Bahasa Arab yang lain ) adalah :

 

“ABJAD “ – Huruf . Seperti “ALIF “ , “BA” , “TA” , ABCD.…dan seterusnya.

“LAFAZ” – Perkataan seperti “A” , “KU” , “MA” , “HU”, “KE “ , “PA” , “SAR” …. Dan sebagainya.

“KALIMAH “ – Satu perkataan , seperti : “AKU” , “MAHU”, “PASAR”.

“KALIMAT “ – Kata jamak (plural) dari “KALIMAH” yang membawa arti beberapa patah perkataan.

“KALAM “ – Sejumlah / Serangkap Perkataan (Ayat) yang tersusun dan dapat difahami hingga tidak lagi menimbulkan tanda tanya (ayat tergantung ), seperti : AKU MAHU KE PASAR UNTUK MEMBELI SEKILO IKAN KEMBUNG .

 

Sekiranya sejumlah perkataan itu tidak sempurna (ayat tergantung) seperti : “AKU MAHU KE….” , maka tidaklah ia dianggap sebagai KALAM menurut Ilmu Tatabahasa Bahasa Arab (Ilmu Nahu).

 

 

MAKSUD SILAT KALIMAH :

 

Untuk mengetahui mengapa SILAT KALIMAH dinamakan begitu, maka ia perlu dirujuk kepada 2 ASAS UTAMA PEMBENTUKAN SEGALA PETUA & TEKNIK SILAT KALIMAH, iaitu :

 

1 – FITRAH MANUSIA – Sifat Semulajadi Insan, Naluri Kemanusiaan , Tabiat Manusiawi, “Human Instinct” , iaitu manusia itu perlu kepada makan, minum, berkerja, pasangan hidup. Fikiran yang waras juga adalah fitrah semulajadi manusia. Bermohon dan meminta juga adalah fitrah tanpa mengira status dan agama seseorang manusia itu.

 

Fitrah seseorang manusia itu apabila dilahirkan oleh ibunya, tidaklah terus berjalan, bahka ia bermula dengan berteriak ( Waaa !! , Mama !! ) , kemudian dia akan belajar untuk hidup selesa dengan apa yang ada pada jasadnya di kala itu. Bayi itu akan belajar tidur (meniarap atau terlentang) , meniarap, bertatih, berjalan, berlari, mengelak dan sebagainya.

 

Berundur dan gelek (kelek) juga adalah fitrah manusia. Kerana itu Silat Kalimah yang diperhalusi-semula (revise) oleh Pak Jo menggunakan teknik undur dan juga gelek.

 

Jatuh dan rebah juga adalah fitrah manusia. Lantaran itu jugalah di dalam silibus Silat Kalimah ada teknik ini. Pak Jo sering menyebut : “ Jatuh dan rebah itu adalah tunangan hidup manusia “.

 

Bahkan lebih daripada itu, dinamakan “SILAT KALIMAH” kerana amanah silat ini adalah : HANYA DIKEMBANGKAN DI KALANGAN MEREKA YANG MENGANUT AGAMA ISLAM SAHAJA ! = YANG MENGUCAP 2 KALIMAH SYAHADAH. Dan segala isi pelajarannya mestilah ke arah KALIMAH TAUHID dan mensucikan ALLAH dari segala perbuatan & sifat yang tidak layak disandarkan kepada-NYA serta mengesakan ALLAH dan bergantung segala kekuatan dan harapan hanya dengan-NYA.

 

2 – SOLAT : Tatacara sembahyang umat Islam. Di dalam kaifiyyat (tatacara) solat, ada pergerakan-pergerakan seperti QIYAM, TAKBIR, RUKUK, DUDUK dan TAHIYYAT .

 

Inilah yang menjadi SUMBER KEDUA INSIPIRASI / IDEA ASAL / ILHAM ASAL petua dan teknik di dalam Silat Kalimah.

 

Di dalam pelajaran SOLAT, seseorang muslim itu dibenarkan untuk MAJU KE HADAPAN , UNDUR KE BELAKANG, KE ARAH KANAN-KIRI apabila situasi memerlukan. Maka apatah lagi apabila “BERSILAT” , sudah tentu lebih dari pergerakan itu diperlukan.

 

Di dalam SOLAT juga seseorang muslim itu perlu banyak menyebut KALIMAH-KALIMAH tertentu seperti DOA dan sebagainya.

 

Maka, secara kesimpulannya : “ SILAT KALIMAH ADALAH SILAT YANG HANYA DIKHUSUSKAN KEPADA GOLONGAN YANG SOLAT (UMAT ISLAM) YANG BERTERASKAN SEGALA PERGERAKAN SEMULAJADI FITRAH SESEORANG MANUSIA DAN PERGERAKAN TATACARA SOLAT “.

Maka, jika ada lagi selepas ini mengatakan bahawa apa yang dibawa oleh guru kami ; Pak Haji Jauhari @ Eusoff bin Ali (Pak Jo) bukanlah “ SILAT KALIMAH YANG ASAL / ASLI “ , maka kami menjawabnya : “ DENGAN 2 ASAS / TERAS UTAMA SILAT KALIMAH IAITU FITRAH MANUSIA & TATACARA SOLAT, SILA BUKTIKAN SECARA ILMIAH, DI MANAKAH YANG TIDAK ASLI ???”

 

Sekian. Wassalam.

 

About Kelab Silat Kalimah (Yahya Said)

The blog for everybody especially for Pak Jauhari's students & lovers.
This entry was posted in Pengenalan. Bookmark the permalink.

2 Responses to APAKAH ARTINYA KALIMAH – KALIMAT – KALAM & SILAT KALIMAH & APAKAH MAKSUD KEASLIAN SILAT KALIMAH ?

  1. Musa says:

    saya berminat ingin belajar tetapi saya takde rakan2 lain untuk belajar bersama. Masih bolehkah saya belajar silat ini…kalau boleh bagaimana?…tmksh

    • Saudara Musa berada di mana ?.

      Gelanggang2 kami di sekitar Gombak dan Selayang sahaja. Itulah sahaja gelanggang2 yg mengguna-pakai silibus yg telah diperkemas-kini dan dinilai-semula oleh Pak Jo.

      Selain itu, ikut jurulatih masing2 … nak kata ikut Pak Zohdi, tak ada siapa dapat menguasai ‘kelicikan dan kependekaran Pak Zohdi’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s