MENGAPAKAH DINAMAKAN “ SILAT KALIMAH (YAHYA SAID) ”

MENGAPAKAH DINAMAKAN “ SILAT KALIMAH (YAHYA SAID) ”

Di dalam tulisan yang lepas, telahpun dijelaskan mengapakah silat ini dinamakan dengan nama “ SILAT KALIMAH “ ( Sila rujuk : APAKAH ARTINYA KALIMAH – KALIMAT – KALAM & SILAT KALIMAH & APAKAH MAKSUD KEASLIAN SILAT KALIMAH ? )

Sejak awal Silat ini dikembangkan oleh pendakwah yang membawa Agama Islam secara besar-besaran ke Negeri Kedah : Syeikh Abdullah Al-Qumairi ar-Rifa’ie al-Qibrari RH, maka begitulah namanya sehinggalah ke zaman Allahyarham Pak Guru Yahya Said (Pak Ya).

Apabila diadakan satu pertemuan di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur (Tahun 2001 ) , yang hadir adalah guru-guru tua/tonggak termasuklah Pak Haji Zohdi (Pak Di) dan Pak Jauhari (Pak Jo). Allahyarham Pak Muslim (Pengasas Persatuan Silat Kalimah Amin Negeri Sembilan) tidak hadir dan begitu juga dengan Cikgu Saiful ( Cikgu Poy – Guru Utama Persatuan Silat Kalimah Malaysia ). Cikgu Mazlan Man ( Pengasas Persatuan Silat Kalam Utama Malaysia ) juga tidak hadir di dalam pertemuan itu.

Di dalam pertemuan itu, timbullah isu untuk “lebih mengetengahkan nama Allahyarham Pak Yahya Said” sebagai tuan guru pengasas Silat Kalimah di abad moden ini. Namun rupa-rupanya bukan semuanya setuju dengan cadangan itu.

Rentetan dari hal itu, Pak Jo pun berkata kepada Pak Zohdi : “ Di , aku nak balik. Nampak gayanya depa (mereka) tak boleh terima Pak Ya untuk kita angkat, sedangkan dia adalah tok guru aku dan tok guru hang”. Pak Zohdi pun menjawab : “ Kalau dah gitu Jo, aku ikut hang “.

Maka bermulalah persatuan baru yang dinamakan sebagai : PERSATUAN SILAT KALIMAH YAHYA SAID semenjak itu.

Orang nombor satu yang menjadi “ Pakar Rujuk “di dalam Persatuan itu adalah Pak Zohdi. Nombor dua adalah Allahyarham Pak Muslim dan ketiga adalah Pak Jo.

Gelanggang Pak Jo yang terletak di Kampung Changkat, Gombak (bersebelahan Taman Greenwood) pula menggunakan nama secara rasmi : KELAB SILAT KALIMAH ( YAHYA SAID ). Nama YAHYA SAID itu diletakkan di dalam “kurungan” (bracket).

Mengapa begitu ?. Pak Jo menjawab : “ Saya pernah bertanya pada Pak Ya dengan soalan : Pak Ya, Silat Kalimah ini siapa yang punya ( mana asal-usulnya) ?. Pak Ya Jawab : “ Silat Kalimah ini bukan aku yang punya ( sebagai pengasas ). Aku ada tok guru aku (Panglima Tok Rashid) “.

Maka nama “ YAHYA SAID ” ini diletakkan di dalam “kurungan” sebagai tanda bahawa beliaulah yang mengajar silat ini kepada kebanyakan guru-guru tua/tonggak Silat Kalimah hari ini. Pak Zohdi – Allahyarham Pak Muslim – Pak Jo – Allahyarham Cikgu Mid Landak (Mid Man ) – Allahyarham Cikgu Yusuf Sg. Petani – Cikgu Poi – Allahyarham Pak Mansur (anak angkat Pak Ya) – Allahyarham Cikgu Azmi Long – Allahyarham Cikgu Redzuan Long dan Cikgu Mazlan Man, kesemuanya mereka itu adalah murid-murid yang diterima masuk Silat Kalimah (diijazahkan ketika masuk menjadi murid) ataupun pernah menerima asuhan dan didikan Allahyarham Pak Yahya Said (Pak Ya).

Ada pula yang bertanya dengan sinis : “ Mengapa tidak pakai terus nama Silat Kalimah Panglima Tok Rashid ? “.

Maka Pak Jo menjawab : “ Siapakah yang pernah tengok Panglima Tok Rashid ?. Yang tengok beliau dan berguru dengan beliau hanyalah Pak Ya seorang sahaja. Pa Ya duduk di rumah beliau, jadi anak angkat beliau dan belajar Silat Kalimah dari tangan Panglima Tok Rashid selama 3 tahun berterusan, pagi-petang-siang dan malam “.

Maka, silat ini adalah “ SILAT KALIMAH “ dan guru yang membawanya di zaman moden ini bernama “ YAHYA SAID “.

Sekian. Wassalam.

About Kelab Silat Kalimah (Yahya Said)

The blog for everybody especially for Pak Jauhari's students & lovers.
This entry was posted in Pengenalan. Bookmark the permalink.

8 Responses to MENGAPAKAH DINAMAKAN “ SILAT KALIMAH (YAHYA SAID) ”

  1. Norazly Bin Md Yatim says:

    Alhamdulillah, dengan terwujudnya blog ini dapatlah memberi penerangan pemahaman yang lebih khusus kepada peminat seni silat amnya dan khususnya pelajar/penuntut/pengamal Silat Kalimah. Teruskan usaha murni ini.

  2. Fakir says:

    assalamualaikum tuan, izinkan saya untuk ambil artikel/entry ini untuk blog saya kerana sudah lama saya mencari artikel yang tepat berkaitan silat kalimah, maka sekarang saya rasa seperti sudah menemuinya.

  3. rudwan says:

    salam ukhuwah..saya merupakan antara murid cikgu Shaari dan Cikgu Bechik..baru hari ini saya tahu yang logo silat kalimah sudah ditukar

  4. blur says:

    ape beza silat cekak n kalimah selain dari nama? sedangkan susun jalur dua2 dari panglima tok rashid..mntk guru utama kedua2 pihak terangkn pd ahli y mencari warisan melayu asli..sekian

  5. eddy says:

    kenapa ada banyak silibus?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s