ADA ILMU BATIN KE DALAM SILAT INI ?

ADA ILMU BATIN KE DALAM SILAT INI ?

 

sumber : http://penacindaipelangi.blogspot.com/2010/12/ada-ilmu-batin-ke-dalam-silat-ini.html

 

 

{ 1 }

 

Di antara hobiku semenjak kecil ialah minat terhadap Seni Tempur, khususnya Seni Silat Melayu. Faktor persekitaran dan kemudian faktor keturunan menyebabkan minat itu semakin menjadi-jadi.

 

Semasa aku kecil dahulu, ada beberapa gelanggang silat berhampiran rumahku. Maklum sahajalah, kampung Melayu pasti ada beberapa penggiat dan pengamal Ilmu Persilatan ini.

 

Secara main-main atau secara tidak rasmi aku pernah juga belajar silat dari ibuku yang tercinta dan juga abangnya. Alah, sekadar beberapa bunga dan langkah untuk “ditunjuk-tunjuk” kepada rakan-rakan sebaya.Wah !, mereka kagum dan aku pun dihormati oleh mereka. He He He !.

 

Namun secara serius adalah ketika aku di bangku sekolah menengah. Di sekolah menengah itu sahaja aku menyertai 3 jenis silat. Minat itu makin menjadi-jadi apabila aku mulai berkerja.

 

“Kau pandai ke bersilat ?” , tanya beberapa rakanku yang mengetahui aku masih bersilat walaupun usiaku sekarang usia orang “ buat Ph.D”. Jawabku : “Pandai tu tidaklah, tapi minat sangat. Sampai sekarang aku masih belajar silat”.

 

 

{ 2 }

 

Rakan-rakanku itu bertanya lagi : “Silat apa yang belajar lagi sekarang ini ?”.

 

Aku jawab : “Di antaranya adalah Silat Kalimah”.

 

Mereka tanya lagi : “Wah, namapun Silat Kalimah. Mesti ada Ilmu Batin, kan ?”.

 

Persoalan Adakah Ilmu Batin ( Ilmu Kebatinan / Tenaga Dalam ) di dalam sesuatu Seni Silat adalah salah-satu soalan yang popular di kalangan masyarakat kita. Jadi, aku tidaklah berasa terkejut dengan soalan seperti itu.

 

Respon aku apabila diajukan soalan seperti itu dari rakan-rakanku ialah : “Manusia ini terdiri daripada unsur zahir dan batin. Ada jasad dan ada rohnya. Jika zahir (jasad) sahaja yang wujud tanpa batin (roh), maka seseorang itu dianggap MATI. Maka, sudah tentu setiap silat ada BATIN”. Mereka pun mengangguk-angguk. Entah faham atau tidak, WalLahu A’alam.

 

Aku katakan lagi : “Dalam Silat Kalimah ini pastilah ada unsur Ilmu Batin. Kami buka dan tutup gelanggang dengan Berdoa, Al-Fatihah, Doa Ulul ‘Azmi dan Selawat”.

 

 

{ 3 }

 

Ilmu Batin @ “Kekuatan dan Kuasa Luar Biasa” yang biasanya disebut-sebut oleh masyarakat kita memang menjadi buruan sebahagian besar pesilat-pesilat.

 

Salah-seorang guru silatku yang paling aku hormati dan sayang ialah Pak Haji Jauhari @ Eusof bin Ali @ Pak Jo. Beliau adalah Guru Tua Silat Kalimah (Yahya Said) di tanah air kita. Beliau biasa menyebut : “ Manusia ini ghalibnya (biasanya) apabila mahu kuat dan mahu luar biasa maka dia perlu kepada “TUMPANG”. Jika dia tidak mendapatnya dengan memohon kepada ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA , maka dia akan cuba “tumpang” ilmu itu dengan bersahabat dan meminta-minta kepada syaitan dan jin “.

 

Aku sangat setuju dengan kenyataan yang Pak Jo keluarkan itu. Dan bagiku : “ TIADALAH KEKUATAN DAN KEHEBATAN SEBENAR SESEORANG ITU MELAINKAN DENGAN KEMBALI MEMOHON DAN BERSERAH JIWA-RAGANYA KEPADA ALLAH TA’ALA SEMATA-MATA “.

 

{ 4 }

 

Siapa mahu “ILMU BATIN” ?. Haaaaa, ini caranya. Mudah lagi senang. Tak perlu “baca-baca”, tak perlu “jampi-jampi”.

 

Inilah caranya . . . . . . . . . . . . . . .

 

 

Ha Ha Ha ! Janganlah marah kepadaku. Ha Ha Ha !

 

Sekian. Wassalam

 

 

 

 

Cindai Pelangi ®

Rabu – 3 / Muharram / 1432 H = 9 / Disember / 2010 M

KUALA LUMPUR

 

 

 

About Kelab Silat Kalimah (Yahya Said)

The blog for everybody especially for Pak Jauhari's students & lovers.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

4 Responses to ADA ILMU BATIN KE DALAM SILAT INI ?

  1. Achid says:

    Salam alaik warahmatullah wa barakatuh…

    Saya baru jumpa website ini, jadi terpanggil untuk bagi pendapat.

    Bagi saya, peluh yang kita keluarkan masa latihan, otot yang terbentuk kesan daripada selalu berlatih, kekuatan dan ketangkasan gerak tubuh(juga minda dalam berfikir) yang terbina hasil daripada latihan yang istiqamah (juga kemahiran ), badan pun jadi sihat dan cergas. Itulah tenaga batin yang kita dapatkan. Sebab dengan tenaga inilah kita gunakan untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik…Insya-Allah.

    Kalau sudah sampai jampi mentera disertai dengan amalan yang bukan-bukan, tu bukan lagi tenaga batin. Tetapi tenaga khadam ataupun sihir. Dikemudian hari, empunya diri juga yang akan susah …..wallahua’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s