PAK YA : “ BELAKANG TAKDAK MATA ”

PAK YA : “ BELAKANG TAKDAK MATA ”


Allahyarham Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda ( lebih dikenali sebagai “ Datuk Asri “ ) adalah di antara tokoh politik tanah air. Beliau pernah memegang jawatan-jawatan penting di dalam pentadbiran parti politik , Negeri Kelantan dan juga Negara Malaysia. Beliau sebelum ini adalah Yang Di-Pertua Parti Islam Se-Malaysia (PAS) , Menteri Besar Kelantan dan juga Timbalan Menteri Tanah dan Galian. Beliau juga dianugerahkan sebagai Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan pada tahun 1992.

Gambar : Tan Sri Datuk Mohd Asri Haji Muda

 

Beliau sangat terkenal dengan kehandalannya berpidato. Di samping itu beliau juga terlibat dengan “ Silat Kalimah Terlak Negeri Kelantan “.

Suatu ketika, Allahyarham Pak Yahya Said ( Pak Ya ) menemui beliau di Terengganu. Di antara perbualan yang berlaku di antara Pak Ya dengan Datuk Asri adalah seperti berikut :

Datuk Asri : “ Pak Ya , dalam Silat Kalimah ini, kalau musuh serang kita dari belakang bagaimana nak buat ? “.

Jawab Pak Ya secara spontan : “ Kalau musuh serang dari belakang, kenalah kita. Dah belakang tak dak (tiada) mata “.

Datuk Asri berkata pula : “ Aik , takkan macam (begitu) pula ? “.

Jawab Pak Ya : “ Ya lah, dah belakang tak dak mata “.

Selepas beberapa ketika, Pak Jauhari ( Pak Jo ) pernah bertanya hal yang sama kepada Pak Ya dan Pak Ya pun menjawab dengan jawapan yang sama seperti di atas.

Pak Jo pun berkata kepada Pak Ya : “ Ya lah belakang memang tak dak mata, tapi awat (kenapa) Pak Ya cakap macam tu ? “.

Pak Ya pun menjawab kembali : “ Pasal (disebabkan) belakang kita ni tak dak mata lah aku nak habaq (beritahu) kat (kepada) hang (kamu) !”.

Kisah itu berlalu begitu sahaja, sehinggalah pada pertengahan tahun 2000 barulah Pak Jo sedar ada “maksud yang tersirat” di sebalik kata-kata Allahyarham Gurunya itu. Itupun setelah kerap Pak Jo berdoa kepada ALLAH TA’ALA agar mengurniakan kepadanya kefahaman Islam yang sebenar dan kefahaman mengenai pelajaran Silat Kalimah yang diwarisi dari tangan gurunya yang tersayang ; Allahyarham Pak Guru Yahya Said.

Maksud “ Belakang Takdak Mata “ itu membawa maksud yang bertepatan dengan Ajaran Tauhid yang murni , Akhlak di antara seseorang hamba dengan TUHANnya (Tasawwuf) dan tepat dengan asuhan Silat Kalimah.

Maksud yang tersirat di sebalik kata-kata “ Belakang Takdak Mata “ ialah :

SEHEBAT MANAPUN SESEORANG MANUSIA ITU BERSILAT, PASTI AKAN TERKENA JUGA SEDIKIT-SEBANYAK SERANGAN LAWANNYA. HARI INI SESEORANG ITU HEBAT DAN KUAT, ESOK BELUM TENTU LAGI. APA PUN TAKTIK YANG KITA PRAKTIKKAN, IA BELUM TENTU BOLEH MENJAMIN KITA MENANG JIKA TIDAK DIIZINKAN OLEH ALLAH TA’ALA. SEPERTI KETIKA KITA SUJUD DI DALAM SOLAT, INTIPATI SUJUD ITU IALAH KITA WAJIB TUNDUK DAN MENYERAH DIRI SEBULAT HATI KEPADA ILAHI. JIKA ADA ORANG DATANG MEMIJAK KEPALA KITA KETIKA SUJUD, APA YANG BOLEH KITA LAKUKAN ?. KITA MANUSIA BIASA YANG PASTI ADA KELEMAHANNYA. YANG BOLEH MENGHENTIKAN NIAT JAHAT SESEORANG DAN BOLEH MENYELAMATKAN KITA HANYALAH ALLAH TA’ALA. TIADALAH KEHEBATAN SESEORANG ITU MELAINKAN DENGAN KEMBALI BERGANTUNG DAN MEMOHON KEPADA ALLAH TA’ALA.

“ INNAMA AMRUHU IDZA ARODA SHAI’AN AN YAQULU KUN FAYAKUN “.

Itulah intipati yang tersirat di sebalik kata-kata hikmah Pak Ya : “ Belakang Takdak Mata “ !.

Inilah juga asas utama tertegaknya Silat Kalimah di Alam Maya ini, iaitu sebagaimana yang pernah diucapkan juga oleh Pak Ya : “ Silat Kalimah ini di dalamnya ada dakwah “.

Lantaran itulah, kita diasuh agar di dalam apa sahaja perbuatan yang baik kita mulai dengan BASMALAH (menyebut nama ALLAH). Termasuklah sebelum “membuka dan menutup gelanggang” . Tidak dinafikan, jika tanpa menyebut BASMALAH pun kita (insya-ALLAH) dapat melakukan apa yang kita mahu, namun apabila seseorang muslim itu menyebut BASMALAH itu adalah tanda seseorang muslim itu BERADAB dengan TUHANNYA. Dan itu sebagai satu simbolik seseorang muslim itu memohon “izin” dari ALLAH selaku Tuhan Yang Maha Berkuasa ke atas seluruh isi alam ini.

Sayang seribu kali sayang, berapa ramai di kalangan pesilat-pesilat Silat Kalimah ini yang menyedari dan selalu menyemat ke dalam hati sanubari mereka akan hal ini. Kebanyakan hanya bercerita tentang kehebatan buah itu dan ini. Keampuhan teknik itu dan ini. Banyak yang cuba memperkasakan otot-otot dan tulang belulang berbanding dengan cuba untuk memperkasakan dan memperteguhkan hati dan roh mereka dengan Ilmu Agama Islam. Banyak yang lebih mahu menjadi “Hamba kepada Silat dan sesama manusia” dari berusaha menjadi “Hamba kepada ALLAH”.

Semoga kita sentiasa kembali dan berada di atas jalan yang benar lagi diredhai ALLAH hendaknya. Aminnn.

Sekian.

About Kelab Silat Kalimah (Yahya Said)

The blog for everybody especially for Pak Jauhari's students & lovers.
This entry was posted in INTIPATI SILAT KALIMAH, Pengenalan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s