PAK YA : BAGAIMANA MENUMBUK ? BELAKANG TAK DAK MATA ?

PAK YA : BAGAIMANA MENUMBUK ? BELAKANG TAK DAK MATA ?

Menyerang bukanlah hanya dengan menumbuk, tetapi di dalam kebanyakan Seni Tempur termasuklah Silat Kalimah, silibus pelajaran menyerangnya banyak difokuskan kepada TEKNIK MENUMBUK.

Ketika Allahyarham Pak Guru Pak Yahya Said (Pak Ya) berada di Kementerian Pertahanan (KEMENTAH), beliau ditanya oleh Jeneral Tan Sri Dato’ Mohd Ghazali bin Mohd Seth dengan soalannya : “ Pak Ya, dalam Silat Kalimah ini bagaimanakah menumbuk ? “.

Pak Ya pun menjawab spontan : “ U backsigt, foresight, target ! “.

Jawapan Pak Ya itu adalah satu jawapan dan istilah yang keluar dari seorang yang biasa memegang senjata api kepada orang yang juga biasa memegang senjata api. Pak Ya adalah bekas seorang anggota polis sedangkan Jeneral Tan Sri Ghazali adalah Panglima Tentera Darat Malaysia ketika itu.

U BACKSIGHT membawa arti : “ U shape at backsight “ – Lengkongan berbentuk huruf “U” yang dilihat dari arah belakang senjata api ( contohnya senapang ) ke arah sasaran membidik (aim).

FORESIGHT – membawa arti “ kedudukan bidikan di arah hadapan “.

TARGET – Artinya sasaran yang hendak dituju serangan.

Pak Jo juga pernah bertanya soalan yang sama kepada Pak Ya dan begitulah juga jawapannya, bahkan Pak Ya menjawab dengan lebih jelas lagi dengan jawapannya : “ U Backsight – Foresight – Target – Qauli – Fe’kli – Qolbi “.

Kadang-kadang Pak Ya akan menjawab : “ Seperti gaya orang bermain pedang (Fencing) dan memanah (archery) “.

Pak Jo pula menambah di akhir-akhir kata Pak Ya itu dengan merangkumnya kembali dengan kata-kata lain yang pernah keluar dari mulut Pak Ya sendiri , iaitu : “…….. belakang tak dak mata “.

Maksud perkataan Pak Ya itu apabila dirangkumkan kesemuanya adalah :

“ Menumbuk dengan gaya Silat Kalimah adalah penumbuk yang dilakukan dengan cermat dan hati-hati (bukan dengan gaya kaku atau statik dan bukan juga dengan gaya merempuh masuk) . Kedudukannya adalah seperti seseorang yang sedang mengacu senapangnya ke arah lawan ataupun seseorang yang sedang bermain pedang (fencing) yang mana pedang itu boleh dihantar ke sasaran dan boleh pula ditarik balik.

Matanya sentiasa melihat ke arah sasaran hinggalah serangannya “dihantar” ke sasaran matanya tetap melihat ke arah itu ( bukannya menumbuk ke depan tetapi muka dan mata dihadapkan ke arah sisi ) .

Dilakukan dengan menggunakan kaedah kesemua rukun solat yang dijelmakan di dalam tindak-tanduk pesilat Silat Kalimah iaitu QAULI ( perkataan – iaitu bertempik dan mengeluarkan suara ketika menghantar serangan ), FE’KLI ( perbuatan – iaitu dengan menggerakkan seluruh anggota tubuh badan demi mencapai tujuan ) dan juga dengan rukun QOLBI ( hati – iaitu niat mesti untuk mensasarkan lawan dengan serangan itu di samping hati mesti sentiasa ingat kepada ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA ).

Gaya kedudukan badan dan kaki yang dipakai adalah gaya seseorang yang sedang membidik dengan senapang ataupun gaya seseorang yang sedang bermain pedang (fencing). Dan ia dilakukan dengan NIAT dan AZAM serta DOA di hati yang bersungguh-sungguh disertai juga dengan tempikan suara dan diikuti dengan lenggang-lenggok yang fleksibel “.

Itulah maksudnya kata-kata Pak Ya di atas. Dan itu juga jawapan yang tersirat yang difahami oleh Pak Jo setelah berkali-kali menatap gambar foto Allahyarham guru kesayangannya itu (Pak Ya) yang memuatkan aksi beliau menumbuk dan “diambil serangannya” oleh Allahyarham Fadzil (salah-seorang murid beliau di tahun 70’an). Dikuatkan lagi jawapan itu apabila Pak Jo mengingatkan kembali gaya-gaya yang pernah dilakukan sendiri oleh Pak Ya di hadapan matanya ketika mereka bersahabat dan menjalin hubungan sebagai guru dengan muridnya.

Penulis sendiri pernah melihat gambar foto itu beberapa kali. Memang tumbukan dan gaya yang diperlihatkan oleh Pak Ya penuh dengan fleksibiliti dan cermat serta penuh berseni. Cuba perhatikan semua dengan sebaik-baiknya gambar foto di atas.

Setakat ini fahamkah anda apakah yang dimaksudkan oleh Pak Ya itu ?. Jika tidak, silakan datang berkunjung ke gelanggang yang dikendalikan oleh Pak Jo. Anda akan lebih memahaminya apabila datang menziarahi beliau dan bertanyakan hal itu. Datanglah dengan hati yang lapang (bukan untuk menunjuk pandai) dan dengan beradab sopan sebagai mana diajar oleh Agama Islam kita dan Falsafah Silat Melayu yang berluhur tinggi. Namun jika anda datang dengan “niat jahat ”, hati-hati jika berlaku sebagai mana biasa diucapkan oleh orang-orang tua di Negeri Kedah Darul Aman : “ Laju hang mai, lajulah lagi hang pi. Berat hang mai, beratlah pula yang hang dapat !”.

Bukan semuanya dapat difahami dengan mudah dengan tulisan. Silakan “bergelanggang” untuk lebih memahaminya. Peluh-keringat pun keluar. Minuman “Kopi Acheh” dan biskut gula pula akan disediakan. Ilmu dapat, minum dan makan pun dapat, persahabat pun dapat. Insya-ALLAH berkat dan rahmat pun dapat.🙂

Sekian.

About Kelab Silat Kalimah (Yahya Said)

The blog for everybody especially for Pak Jauhari's students & lovers.
This entry was posted in INTIPATI SILAT KALIMAH, Pengenalan, SILIBUS PELAJARAN. Bookmark the permalink.

3 Responses to PAK YA : BAGAIMANA MENUMBUK ? BELAKANG TAK DAK MATA ?

  1. Pingback: APAKAH SILIBUS PELAJARAN SILAT KALIMAH YANG DINILAI-SEMULA OLEH PAK JO DAN MENGAPA ? | Kelab Silat Kalimah (Yahya Said)

  2. zod says:

    salam…kat mana gelanggang silat kalimah yang berhampiran dgn ulu klang/keramat?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s