PAK YA : SILAT KALIMAH ADALAH SILAT APAM BALIK DAN JANGANLAH BERAMAL “MEMBUTA-TULI”

PAK YA : SILAT KALIMAH ADALAH SILAT APAM BALIK DAN JANGANLAH BERAMAL “MEMBUTA-TULI”


Sebelum anda membaca artikel ini adalah dinasihatkan anda membaca terlebih dahulu artikel-artikel berikut :

1 – PAK YA : “ BELAKANG TAKDAK MATA ”

https://kelabsilatkalimah.wordpress.com/2010/12/09/pak-ya-%E2%80%9C-belakang-takdak-mata-%E2%80%9D/

2 – PAK YA : BAGAIMANA MENUMBUK ? BELAKANG TAK DAK MATA ?

https://kelabsilatkalimah.wordpress.com/2010/12/12/pak-ya-bagaimana-menumbuk-belakang-tak-dak-mata/

3 – PAK JO : “AKU BUKAN PENDEKAR” ADALAH PENYEBAB SILIBUS PELAJARAN SILAT KALIMAH DINILAI SEMULA

https://kelabsilatkalimah.wordpress.com/2010/12/12/pak-jo-%E2%80%9Caku-bukan-pendekar%E2%80%9D-adalah-penyebab-silibus-pelajaran-silat-kalimah-dinilai-semula/

Nasihat itu agar anda lebih memahami apakah maksud yang sebenar di sebalik tulisan-tulisan di atas dan yang lebih penting untuk mengelakkan “salah faham” kerana salah faham adalah lebih merbahaya dari tidak faham. Tidak faham @ jahil bukanlah masalah yang besar sekiranya seseorang yang tidak faham itu mahu benar-benar belajar dan memahaminya. Yang menjadi masalah besar ialah sikap tak faham tapi buat-buat faham, malahan lebih bahaya lagi apabila ada sikap “tak faham + sombong “ (bodoh sombong).

Kembali kepada tajuk di artikel kali ini, Pak Ya : Silat Kalimah adalah Silat Apam Balik.

Apam Balik adalah kueh yang dikenali ramai di negara kita ; Malaysia. Di Indonesia, kueh “Apam Balik” ini mereka panggil sebagai “Martabak”. Yang lebih menarik, “Apam Balik @ Martabak “ di negara jiran ini ada berbagai perisa. Ada perisa durian (dimasukkan lempok durian), ada perisa pisang dan berbagai buah-buahan dan saiznya pula lebih tebal 3 kali ganda dari apa yang biasa kita dapati di negara kita.

Suatu hari, Pak Jo pernah bertanya kepada Allahyarham gurunya tercinta ; Pak Ya dengan soalannya : “ Pak Ya, mengapa di dalam Silat Kalimah ini ada orang itu buat begitu dan orang ini buat begini ( maksudnya ada bermacam rupa-gaya dan teknik ) ? “.

Pak Ya menjawab : “Gini, Zon (Zon adalah panggilan mesra Pak Ya kepada Pak Jo). Hang (kamu) buat Apam Balik yang tahan (tidak basi) dan sedap selama 2 jam. Hang ajar kepada murid hang dan dia boleh buat Apam Balik tu tahan 6 jam pula. Anak murid hang tu pula mengajar kepada muridnya dan muridnya itu boleh buat Apam Balik yang tahan selama 24 jam. Namun semuanya itu tetap dipanggil “ APAM BALIK “ . Begitulah dengan Silat Kalimah “.

Memang apabila kita belajar Silat Kalimah ini, pasti kita akan mendapati adanya berbagai rupa-gaya dan teknik. Kepelbagaian dan beraneka-rupa bentuk ini adalah fitrah dan lumrah. Anak-anak yang berasal dari perut ibu yang sama pun tidak sama perangai dan peel (kelakuan) mereka, apatah lagi dengan ilmu dan kefahaman manusia.

Namun yang penting adalah : APAKAH HUJAH ILMIAH ANDA APABILA ANDA BERBUAT ITU DAN INI ?. JIKA ANDA MENGATAKAN BAHAWA SILAT KALIMAH INI TERCETUS DARI KAIFIYAT (TATACARA) SOLAT DAN IANYA TIDAK LARI DARI FITRAH KEBIASAAN SEORANG MANUSIA BIASA, MAKA APAKAH BUKTINYA ?. MENGAPA “KELAM-KABUT” KETIKA MENYAMBUT SERANGAN SEDANGKAN MANUSIA BIASA LAGI WARAS AKAN TENANG DIRI DAN TINDAK-TANDUKNYA.

BAGAIMANAKAH ANDA MELAKUKAN TAKBIR DI DALAM SOLAT ?. DAN BAGAIMANAKAH PULA ANDA MELAKUKAN “TEPISAN TAKBIR” DI DALAM MEMPRAKTIKKAN SILAT KALIMAH ?. APAKAH TAKBIR YANG ANDA LAKUKAN ITU MENCERMINKAN GAYA YANG TERCETUS DARI KAIFIYAT SOLAT ATAU LEBIH MIRIP DENGAN GAYA KARATE ATAU KUNTAU CINA ?.

ANDA MELAKUKAN “BUAH-BUAH” YANG HANYA BOLEH DILAKUKAN OLEH ORANG YANG BERTUBUH BESAR KE ATAS LAWANNYA YANG LEBIH KECIL. SEDANGKAN SILAT KALIMAH INI APAKAH  IA HANYA UNTUK “BODY-BUILDER” , “WRESTLER “ DAN “ BOXER “ SEMATA-MATA ?. APABILA SILAT KALIMAH INI DIKATAKAN SILAT YANG SESUAI DENGAN FITRAH KEBIASAAN SESEORANG MANUSIA BIASA YANG WARAS, MAKA SEPATUTNYA SEMUA KAEDAH DAN TEKNIKNYA MESTILAH BOLEH DIAPLIKASIKAN / DILAKUKAN KEPADA SEMUA SAIZ LAWAN !. CUBALAH ANDA LAKUKAN “TAKBIR KIRI BAWAH” KEPADA LAWAN YANG KAKINYA SEBESAR AHLI GUSTI YANG BERBANGSA BARAT ITU. APAKAH ANDA TERDAYA MENGANGKAT KAKINYA ITU ?.

ANDA MELAKUKAN “ DOA PERTAMA “ DENGAN MENGANGKAT KAKI KANAN ANDA LALU DILAGAKAN KE PINGGANG LAWAN ATAU DISELITKAN DI BELAKANG PUNGGUNGNYA DAN MEMIJAK PELIPAT KAKI LAWAN ITU. APAKAH MUNGKIN “BUAH” ITU ANDA LAKUKAN JIKA LAWAN ANDA MENUMBUK DENGAN KUAT LAGI LAJU DAN SAIZNYA LEBIH BESAR DARI ANDA ?. BUKANKAH MENGANGKAT KAKI DAN DILAGAKAN KEPADA LAWAN YANG “DATANG MEREMPUH / MELANGGAR DENGAN KUAT” ITU AKAN MENYEBABKAN ANDA HILANG KESEIMBANGAN (OFF-BALLANCE) ?. ALLAH MENJADIKAN KEDUDUKAN KAKI KITA SEIMBANG DENGAN ADANYA KEDUA-DUA KAKI, MENGAPA PULA ANDA MENJADIKAN IA CACAT ?.

“DOA KEDUA @ DOA LONCOR “ APAKAH BOLEH DIPRAKTIKKAN KEPADA LAWAN YANG LEBIH BESAR, LEBIH TINGGI DAN LEBIH KUAT DARI ANDA ?. BAGAIMANA PULA UNTUK MENJATUHKANNYA DENGAN MELIPAT KAKINYA SEDANGKAN KAKINYA LEBIH BESAR, LEBIH TINGGI DAN LEBIH KUAT DARI ANDA ?. INGAT SILAT MELAYU ADALAH SILAT MUSLIHAT DAN MENGGUNAKAN AKAL, BUKAN MENGGUNAKAN KUDRAT & KEKUATAN SEMATA-MATA. JIKA SILAT MELAYU LEBIH MENGGUNAKAN KUDRAT & KEKUATAN, BAGAIMANAKAH KITA HENDAK MENGHADAPI BANGSA LAWAN YANG LEBIH BESAR BADANNYA LAGI LEBIH SASA DARI BANGSA KITA ?.

ANDA MENGATAKAN BAHAWA SILAT KALIMAH ADALAH SILAT YANG TIDAK BOLEH UNDUR SAMA-SEKALI KETIKA MENYAMBUT SERANGAN LAWAN, NAMUN DI DALAM SOLAT SEKALIPUN KITA DIBENARKAN UNDUR KE BELAKANG APABILA PERLU. DAN DI DALAM BERSILAT PULA, APA MASALAHNYA JIKA MAHU BERUNDUR JIKA ITU YANG BOLEH MENYEBABKAN ANDA SELAMAT ATAU MENANG DI DALAM PERGADUHAN ?. APAKAH ANDA “ BERTAQLID BUTA “ KEPADA CAKAP-CAKAP YANG DIIMPORT DARI SILAT CEKAK YANG MENGATAKAN BAHAWA TIDAK BOLEH UNDUR SAMA-SEKALI !?.

ANDA MENGATAKAN DI DALAM SILAT KALIMAH TIDAK BOLEH ADA KAEDAH “ GELEK “ (DISEBUT DALAM LOGHAT UTARA SEBAGAI “KELEK”), SEDANGKAN DI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN SESEORANG MANUSIA BIASA, “GELEK” BIASA DIPAKAI UNTUK MEMUDAHKAN PERGERAKAN DIRI.

Silat Kalimah ini asas terbesarnya adalah : (1) – Cetusan Idea dari Kaifiyat Solat, dan ke-(2) – Dari fitrah kebiasaan seorang manusia yang waras lagi sempurna tubuh-badannya. Inilah dasar dan rujukan utama apabila mahu diperbahaskan hal-ehwal silibus pelajaran Silat Kalimah. Dan inilah dia TRADEMARK @ JATI-DIRI Silat Kalimah.

Pratikkanlah ilmu dan beramallah berdasarkan ILMU DAN KEFAHAMAN YANG JELAS. Jangan berdasarkan “ Syok Sendiri @ Stim Lebih “ , “ Rojak Pasembor “ , “ Ikut gaya itu dan ini tanpa sebab-musabab yang jelas “ dan jauhilah pula TAQLID BUTA ( mengikut “membuta-tuli @ membabi-buta” ).

Kueh APAM BALIK memang ada berbagai perisa dan saiz. Ada juga yang rangup-garing dan ada pula yang tebal-lembut. Namun bahan-bahan dan resepinya asasnya yang sama. Begitulah dengan Silat Kalimah, walaupun ada berbagai rupa dan gaya, asas-asas utama dan prinsip-prinsip asalnya mestilah kekal ada. Jika tidak, lebih baik dinamakan SILAT sahaja, dan bukannya SILAT KALIMAH.

Maafkan kami. Tulisan ini tidak bertujuan untuk menimbulkan KONTROVERSI, bahkan sebenarnya agar lebih “membuka minda”. Lantaran itulah juga Silat Kalimah ini digelar “ SILAT PEMBUKA MINDA “.

Kami tidak akan memaksa anda untuk menerima bulat-bulat semua pandangan di atas. Tidak mungkin !. Manusia bukanlah sejenis makhluk yang selesa dikongkong, apatah lagi dikongkong pemikirannya. Kami sekadar mahu mengemukan satu pandangan yang berlainan dengan kebiasaan yang anda pelajari dan dengar. Jika selesa dengan akal anda yang waras , silakan menerimanya. Jika anda rasa anda lebih waras dan lebih ilmiah hujah anda, silakan beramal dengan apa yang anda yakini itu. Ruangan ini adalah ruangan polemik pemikiran dan perlawanan pandangan, bukannya perlawanan badan. Dan jauh sekali untuk bergaduh.

Sekian.

About Kelab Silat Kalimah (Yahya Said)

The blog for everybody especially for Pak Jauhari's students & lovers.
This entry was posted in INTIPATI SILAT KALIMAH, Pengenalan, SILIBUS PELAJARAN. Bookmark the permalink.

One Response to PAK YA : SILAT KALIMAH ADALAH SILAT APAM BALIK DAN JANGANLAH BERAMAL “MEMBUTA-TULI”

  1. azri says:

    banyak intipati gerak geri dipaparkan di blog ini.. http://sepakminang.blogspot.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s