MENGAPA SILAT KALIMAH TIDAK DIAJARKAN KEPADA GOLONGAN BUKAN ISLAM (KAFIR) ?

MENGAPA SILAT KALIMAH TIDAK DIAJARKAN KEPADA GOLONGAN BUKAN ISLAM (KAFIR) ?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KISAH PAK YA DISOAL SEORANG TENTERA :

Setelah Silat Kalimah diterima untuk dikembangkan di kalangan Angkatan Tentera Darat Malaysia, Allahyarham Pak Guru Yahya Said ( Pak Ya ) pernah ditanya di salah-satu majlis yang melibatkan beliau dengan pihat anggota Tentera Darat Malaysia dengan soalan :

“ Pak Ya, mengapakah Silat Kalimah ini tidak diajar kepada golongan yang bukan Islam ? “.

Soalan ini lahir dari seorang perajurit daripada Sarawak yang bukan beragama Islam setelah menyaksikan pertunjukan Silat Kalimah.

Lalu Pak Ya pun menjawab : “ Sebab susah orang bukan Islam nak faham Silat Kalimah ini. Ia membabitkan hal-ehwal yang berkaitan dengan DOA dan NIAT “ .

Begitulah jawapan Pak Ya. Entah mereka dapat memahaminya dengan baik lagi jelas ataupun tidak, WalLohu A’alam ( ALLAH lebih mengetahuinya).

ISLAM LAIN, SILAT LAIN :

Janganlah pula ada yang menyangka bahawa Agama Islam dan Seni Silat ini satu perkara yang boleh disamakan. Dan janganlah pula ada yang bertindak menyamakannya di dalam apa sahaja keadaan !.

Keluar dari Agama Islam menyebabkan seseorang itu menjadi “ MURTAD “ . Hidup menjadi SESAT. Ilmu tiada berkat. Mati tidak mendapat syafaat. Sedangkan SILAT boleh ditukar-ganti. Keluar dari sesebuah persatuan silat dan masuk ke sesebuah persatuan silat lain juga tidak menyebabkan seseorang itu boleh menjadi SESAT atau mati tanpa mendapat SYAFAAT.

Dan janganlah pula seorang guru / jurulatih Silat itu bertindak seolah-olah dirinya adalah seorang ULAMA’ . Dia merasakan yang dirinya wajib ditaati di dalam dalam gelanggang dan juga di luar gelanggang. Dia merasakan apa sahaja yang anak-anak muridnya buat, semuanya mesti dirujuk terlebih dahulu kepadanya. Sedangkan dia menjadi GURU kepada muridnya di dalam bidang persilatan, itupun silat itu sahaja ( satu aliran ataupun lebih ) dan bukanlah dia menjadi guru di dalam segala bidang pengetahuan atau cabang keilmuan.

Silat Kalimah adalah wasilah ( alternatif / alat ) pengembangan dakwah Islam. Melaluinya guru-guru , jurulatih-jurulatih dan murid-murid dapat berkongsi-kongsi ilmu pengetahuan mengenai Agama Islam ini. Namun biarlah bercakap dan berdakwah di atas dasar ILMU (belajar agama hingga ke tahap yang memuaskan ) dan bukannya “berlagak alim tetapi jahil” ataupun “memandai-mandai” (‘sok pinter’ , kata orang Jawa di Indonesia).

ISLAM ADALAH TERBUKA SEDANGKAN PERGERAKANNYA ADALAH TERAHSIA :

Islam memanglah rahmat bagi seluruh isi alam. Ia juga terbuka untuk dipelajari oleh sesiapa sahaja. Sedangkan PERGERAKANNYA adalah rahsia lagi tersembunyi.

Dakwah Islam memanglah untuk sesiapa sahaja. DAKWAH dan PERGERAKAN (HARAKAH ISLAMIYYAH) pula adalah dua perkara yang berbeza. Walaupun berbeza namun kedua-duanya sama pada asasnya, iaitu mesti dilaksanakan dengan berlandaskan ilmu-pengetahuan yang benar. Walaupun kedua-duanya berbeza namun matlamat terakhirnya adalah tetap sama iaitu UNTUK MENCAPAI REDHA ALLAH MELALUI KEMENANGAN ISLAM HINGGA IA BERKEMBANG KE SELURUH ALAM TANPA SEBARANG HALANGAN DAN FITNAH, ataupun MATI DI DALAM MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM INI (mati syahid).

Agama Islam sudah pasti ada yang memusuhinya. Musuh itu jika terang-terang menjadi musuh maka namanya KAFIR HARBI. Jika musuh itu di dalam “diam-diam” dan ibarat “api di dalam sekam” maka ia adalah MUNAFIQ.

Maka pergerakan dan strategi yang diatur untuk MEMENANGKAN ISLAM DAN UMATNYA SERTA MELUMPUHKAN KEKUATAN MUSUH-MUSUH ISLAM adalah RAHSIA yang sesiapa sahaja membocorkannya kepada pihak musuh akan menyebabkan dirinya menjadi PENGKHIANAT AGAMA !.

Begitulah juga dengan SILAT KALIMAH kita ini. Ianya tidak diajar dan dikembangkan di kalangan golongan bukan Islam (kafir) kerana ianya berkait-rapat dengan RAHSIA PERGERAKAN UNTUK MEMENANGKAN ISLAM DAN MELUMPUHKAN MUSUH-MUSUHNYA.

SILAT KALIMAH adalah ibarat senjata. Apabila senjata kita telah diberikan kepada pihak musuh, maka apalah lagi yang tinggal pada kita ?.

Jika ada yang bertanya : “ BUKANKAH TUJUAN SILAT KALIMAH ADALAH DAKWAH DAN JIKA IA ADALAH DAKWAH MENGAPAKAH TIDAK DISAMPAIKAN KEPADA GOLONGAN BUKAN ISLAM ? “.

Maka jawapannya ialah : “ ISLAM ITULAH DAKWAH KITA. IA TERBUKA KEPADA SEMUA. NAMUN SILAT KALIMAH ADALAH SEBUAH GERAKAN UMAT ISLAM. STRATEGI DAN ‘TANZHIM’NYA ADALAH RAHSIA. MENGEMBANGKAN SERTA MEMENANGKAN ISLAM ITU ADALAH TUJUANNYA SEDANGKAN SILAT KALIMAH INI ADALAH ALAT DAN SENJATANYA “.

Ibarat pesanan Pak Haji Jauhari ( Pak Jo ) kepada Guru Omar Hakim (berbangsa Iraq dan bertaraf penduduk tetap Amerika Syarikat ) : “ You must accept this Silat Kalimah as AMANAH. And you are not suppose to teach this art and to expose this AMANAH to the non-muslim (kafir) “.

RAHSIA adalah AMANAH !!!.

Bukan sekadar amanah, malahan ia juga adalah SENJATA.

Begitulah juga peringkat kedua dan ketiga di dalam Silibus Silat Kalimah adalah RAHSIA dan AMANAH. Ia tidak didedahkan secara terperinci kepada mereka yang belum sampai pelajarannya ke tahap itu. Apatah lagi untuk dipertontonkan dan dipersembahkan secara terbuka !.

Semua guru Silat Kalimah, mulai Syeikh Abdullah Ar-Rifa’ie al-Qibrari hinggalah Pak Yahya Said semuanya bertindak memelihara AMANAH ini dan tidak pernah mereka membocorkannya kepada golongan bukan Islam di atas nama DAKWAH.

Dan inilah juga sebab-musabab mengapa masih ada guru-guru Silat Melayu yang enggan mengajar Silat Melayu kepada golongan bukan Islam walaupun disogokkan dengan kemewahan wang-ringgit dari mereka.

Maka, apakah masih ada lagi mereka yang mengaku “ SILAT AKU SILAT KALIMAH. AKU BERSILAT DI DALAM KALIMAH “ mahu tetap mengajar Silat Kalimah kepada orang-orang bukan Islam (kafir) ???.

Sekian.

About Kelab Silat Kalimah (Yahya Said)

The blog for everybody especially for Pak Jauhari's students & lovers.
This entry was posted in INTIPATI SILAT KALIMAH, Pengenalan, RENUNGAN, SEJARAH, SILIBUS PELAJARAN. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s