KISAH BEDAK BERUBAT DI GELANGGANG SILAT KALIMAH

KISAH BEDAK BERUBAT DI GELANGGANG SILAT KALIMAH

 

 

Di dalam tulisan lepas, telah pun dinyatakan apakah perkara-perkara yang tidak akan anda dapati apabila anda datang ziarah / belajar Silat Kalimah dari Pak Jo.

 

 

Kali ini, akan didedahkan pula apakah persediaan yang perlu ada bagi setiap pelajar yang ingin menjejakkan kaki ke gelanggang Seni Beladiri / Seni Silat, khasnya ke Gelanggang / Kelab Silat Kalimah (Yahya Said) yang dipimpin oleh Pak Jo di Gombak.

 

 

 

Aik , apa pulak ni ?. Dan apa hal pulak ni ?.

 

 

 

Maaf, ini bukanlah iklan komersial namun benda ini memang ada kena-mengena dengan tulisan kali ini.

 

 

 

Semua orang hampir mengetahui apakah bendanya di atas ini. Ini gambar BEDAK BERUBAT AIKEN . Bedak ini memang akan anda dapati apabila anda datang ke gelanggang kami di Gombak.

 

 

Apakah kisah sebenarnya bedak ini ?.

 

 

 

Kisahnya adalah mengenai APAKAH PERSEDIAAN ( MENTAL & FIZIKAL ) SEBELUM ANDA DATANG BERLATIH SILAT DI GELANGGANG KAMI ?.

 

 

 

Dari sudut mentalnya ada banyak yang perlu disiapkan, Cuma yang paling penting adalah : JANGANLAH MENYOMBONG DIRI !. Atau dalam bahasa lain (maaflah ya) : JANGANLAH JADI MANUSIA YANG BODOH LAGI SOMBONG !.

 

 

 

 

Selain itu : FOKUS SELAMA 2-3 JAM YANG ANDA LUANGKAN DI GELANGGANG UNTUK MEMAHAMI SEBAIK-BAIKNYA ISI-ISI PELAJARAN SILAT KALIMAH YANG DISAMPAIKAN DAN BERILAH CADANGAN-CADANGAN SERTA PANDANGAN-PANDANGAN YANG BERNAS UNTUK KEBAIKAN BERSAMA !.

 

 

 

Hati usahlah ego. Akal janganlah tumpul. Tumpuan pula usahlah hilang . Masalah-masalah di luar gelanggang juga usahlah dibawa masuk bersama ke dalam gelanggang. Itulah elemen-elemen yang perlu ada pada MENTAL .

 

 

 

Dari sudut fizikal pula, juga ada banyak, namun pastikan seboleh mungkin anda tidak datang di dalam keadaan KELAM-KABUT dan SERABUT. Sebabnya ?. Jika anda KELAM-KABUT dan SERABUT, maka orang yang melihat anda pun akan turut jadi kelam-kabut dan serabut. Ha Ha Ha !

 

 

 

Samalah juga apabila anda datang untuk SOLAT BERJEMAAH di masjid ataupun surau. Anda datang dengan pakaian kusut-masai, bau badan yang hamis atau busuk, air wudhuk @ ‘air sembahyang’ masih melekat di anggota badan anda (ini kes ambil ‘air sembahyang’ macam nak mandi junub), nafas tercungap-cungap kerana ‘kelam-kabut’, kemudian angkat takbiratul ihram berulang-ulang kali kerana ‘USOLLI’ anda tidak ‘masuk-masuk’ ke dalam hati . Bayangkanlah jika beginilah keadaan anda datang, maka apakah perasaan ‘jiran-tetangga’ anda (saudara-saudara muslimin yang bersama-sama sembahyang di kanan-kiri-depan dan belakang anda) ???.

 

 

 

Sudahlah begitu, di dalam keadaan anda kelam-kabut dan menyebabkan orang di sekeliling anda pun turut kelam-kabut , tiba-tiba ‘handphone’ anda pula berbunyi mengeluarkan ‘LAGU SUWA SUWE KEMUNING’ . Makin kelam-kabutlah jadinya dan haru-biru (Nasib baik tok imam tak berjoget disebabkan lagu ‘ringtone anda itu). Apakah anda rasa tindakan anda itu betul dan tidak mengapa ?. Haaa !, maka begitulah hendaknya apabila anda datang berlatih silat di gelanggang ini khususnya.

 

 

 

 

Di gelanggang ini, anda akan berlatih dengan pasangan anda. Samada pasangan anda itu adalah rakan yang sama-sama berlatih dengan anda ataupun Pak Jo sendiri. Bayangkan jika anda datang berlatih silat dengan memakai ‘singlet’ , ketiak pun kelihatan, bulu ketiak pun terkeluar, bau ketiak pulak ‘alamak mak oiiii !’ dan berpeluh-peluh . Apakah ‘sparring partner’ anda akan selesa berlatih dengan anda ?.  Kalau anda tu seorang wanita yang cantik lagi seksi kemudian memakai singlet dan pakaian sendat, memanglah ramai nak mendekati. Tapi anda pun lelaki juga, berbulu pulak tu. Ish , ish , ish , ish !.

 

 

 

 

Maka inilah UBATNYA ….. Bedat berubat !. Agar bau peluh badan anda tidak menggangu ‘ketenangan’ sesama para pelatih silat. Mau pakai jenama apa pun silakanlah. Asalkan ianya menyebabkan orang di sekeliling anda selesa dengan kehadiran anda.

 

 

 

 

Memanglah ada rencana yang menulis bahawa : SATU KAJIAN DARI UNIVERSITI BLA BLA BLA MENYATAKAN BAHAWA BAU KETIAK SI LELAKI BOLEH MENYEBABKAN KAUM HAWA HILANG STRESS …. Itu usahlah dihairankan. Sang lelaki pun akan tergoda dengan ‘aroma’ bau badan si wanita. Masa bercinta (contohnya), semuanya OK dan BEST…. “ Kentut pun wangi ! “ . Namun bagi kawan-kawan segelanggang, bau ketiak anda yang “ hangit “ itu adalah PENAMBAH STRESS DAN TENSION.

 

 

 

 

Jadi, pastikan anda tidak mengganggu ketenangan dan keselesaan ‘ teman-teman segelanggang’ sebagaimana usahlah membiarkan diri anda mengganggu ketenangan sesama muslimin kita anda menunaikan solat berjemaah bersama-sama mereka.

 

 

 

Itulah sebahagian FALSAFAH SILAT KALIMAH yang diambil isi pelajarannya dari SOLAT BERJEMAAH.

 

 

Sekian. Semoga kita semua sedar.

 


About Kelab Silat Kalimah (Yahya Said)

The blog for everybody especially for Pak Jauhari's students & lovers.
This entry was posted in INTIPATI SILAT KALIMAH, RENUNGAN. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s