PAK JO BUAT ‘SHOW’ SILAT KALIMAH DI LUAR NEGARA

PAK JO BUAT ‘SHOW’ SILAT KALIMAH DI LUAR NEGARA

 

Lama kami tidak bertemu Pak Jo. Entah ke manalah gerangannya beberapa minggu ini. Apabila cuba dihubungi dengan menelefonnya, berbagai-bagai suara dan bahasa ‘operator’ keluar. Rupa-rupanya baru kami tahu ke mana ‘menghilangnya’ Pak Jo.

Kali ini Pak Jo dengan jurulatihnya; Cikgu Rosman (Abang Man) yang hampir setiap malam membantunya di gelanggang ‘hilang dan melancong ke luar negara’.

Tak patut sungguh !. Ada ka patut kami di sini ditinggalkannya. ‘Tau-tau’ balik, hanya tunjukkan gambar-gambar aje.

Tak apalah. Paling kurang gambar-gambar itu dapat juga mengubat kerinduan kami kepada Pak Jo dan Abang Man yang ‘menghilang’ baru-baru ini.

Inilah beberapa gambar ‘show Silat Kalimah’ yang dilakukan oleh Pak Jo dan Abang Man :

( Pak Jo & Abang Man di Masjid Kapitan Keling – bersebelahan Nasi Kandar ‘Beratur’ , P. Pinang )

 

( Pak Jo & Abang Man sedang berlatih Silat Kalimah di dalam Masjid Nabawi – “Amboi !, mentang-mentanglah Silat Kalimah ni kena berlatih di atas tempat suci, depa pi berlatih dalam betoi-betoi tempat suci nooo ! )

 

 

 

 

( Pak Jo & Abang Man sedang buat ‘show’ Silat Kalimah di hadapan Stadium Purba Rom : Colliseum di Itali – ” Wow ! Ada ‘chance’ lah makan ‘pizza italian’ dan bertemu Sophea Lauren )

( Pak Jo & Abang Man di London – Sambil mendengar ‘Mr. Bean’ menyanyikan lagu kebanggaan mereka : ” London bridge is falling down … falling down …. falling down ” )

( Pak Jo & Abang Man sedang menunjukkan aksi Silat Kalimah di Pantai Waikiki, Hawaii )

Ada sesiapa yang teringin nak melancong ke luar negara lagi bersama-sama Pak Jo dan Abang Rosman ?. Belanjanya murah sangat. Nak ?.

Ha Ha Ha … !!!

Sebenarnya, ini hanyalah ‘silap mata ilmu fotografi’ (tahap budak baru belajar) yang baru mencuba ‘langkah pertama’ sebelum dihasilkan pengambaran (gambar foto dan klip video) pelajaran Silat Kalimah (Yahya Said) peringkat pertama tidak lama lagi.

Kerja ini memang kami kena minta tolong daripada Cikgu Saari Basri sebab beliau mempunyai kamera foto dan video yang ‘canggih-manggih’ lagi ‘High Defination Resolution Pictures’.

Insya-ALLAH, akan di’war-war’kan di dalam blog ini apabila tiba masa ‘shooting’nya nanti.

Tunggu tau….

Ha Ha Ha ! ( Tak habis lagi gelak apabila tengok gambar-gambar ini )

About Kelab Silat Kalimah (Yahya Said)

The blog for everybody especially for Pak Jauhari's students & lovers.
This entry was posted in AKAN DATANG, Pengenalan. Bookmark the permalink.

One Response to PAK JO BUAT ‘SHOW’ SILAT KALIMAH DI LUAR NEGARA

  1. Wa’alaikumussalam wbt. Maafkan saya sedara kerana lambat sgt reply. Kesibukan dgn dunia kerja yg baru diterima 5 bulan lalu menyebabkan saya tak sempat nak update blog Kelab Silat Kalimah (Yahya Said) ini. Nombor hp Pak Jo : 019-281 0967 . T, kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s