SELESAI SUDAH PERTUNJUKAN & PELANCARAN SILAT KALIMAH DI MASJID KG. SUNGAI TUA BHARU

SELESAI SUDAH PERTUNJUKAN & PELANCARAN SILAT KALIMAH DI MASJID KG. SUNGAI TUA BHARU

 

 

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat ALLAH TA’ALA, Silat Kalimah (Yahya Said) di bawah bimbingan dan pimpinan Pak Jo telah diterima oleh masyarakat sekitar Kg.Sungai Tua Bharu, Selayang, Selangor D.E.

 

Semalam ( Sabtu : 5-Mac-2011 ) sempurna sudah pelancaran Kelas Silat Kalimah di Masjid Jami’atus Solahiah di kampung tersebut. Pertunjukan diadakan sejurus selepas pelancaran dan disertai oleh anak-anak murid Pak Jo. Turut bersama memeriahkan majlis tersebut adalah AJK Masjid, Belia-belia sekitar dan sahabat-sahabat Pak Jo .

 

Majlis pertunjukan dimulai dengan penerangan ringkas mengenai silsilah dan perkembangan Silat Kalimah oleh penasihat kelab ; Al-Fadhil Ustaz Joraimee Ad-Dimyati dan kemudian diikuti dengan pertunjukan oleh Pak Jo bersama-sama murid-muridnya ; Rosman, Fadzil, Kamal dan Zarin. Majlis ini diserikan juga dengan persembahan Ketua Jurulatih Persatuan Silat Kalimah (Yahya Said) ; Cikgu Saari Basri dan dua orang anaknya ; Amy dan Adi.

 

Insya-ALLAH latihan di masjid tersebut akan diadakan setiap hari Sabtu malam minggu, mulai pukul 9.30 malam – 12.00 tengah malam. Latihan akan dikendalikan oleh Cikgu Kamal Shahibi dan Cikgu Fadzil Yasin.

 

Rakaman video masih di dalam proses edit dan untuk ‘mengubat kerinduan’ disajikan kepada sidang pengunjung blog sekalian beberapa gambar aksi yang dipersembahkan di malam itu.

 

Semoga aktiviti latihan Silat Kalimah di masjid ini akan semakin mengaktifkan fungsi ‘Rumah ALLAH’ dan menguatkan pula fizikal-mental-spiritual setiap umat Nabi Muhammad SAW . Amin Ya Robbal ‘Alamin.

 

 

 

 

 

 

 

 

About Kelab Silat Kalimah (Yahya Said)

The blog for everybody especially for Pak Jauhari's students & lovers.
This entry was posted in IKLAN SILAT KALIMAH, Pengenalan, SEJARAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s