RAMADHAN AL-MUBARAK & RAKAMAN VIDEO BERSAMA PAK JO

RAMADHAN AL-MUBARAK & RAKAMAN VIDEO BERSAMA PAK JO

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat ALLAH TA’ALA di atas limpah-kurniaan-NYA kita semua diberikan kesempatan bertemu dengan Bulan Ramadhan al-Mubarak ; bulan yang senantiasa dirindui oleh golongan yang beriman kepada ALLAH dan juga bulan yang sangat dibenci oleh golongan fasiqin dan munafiqin.

Pengendali Blog & Author Kelabsilatkalimah.wordpress.com ini memohon ribuan kemaafan dari sidang pengunjung budiman sekalian kerana hampir 5 bulan tidak sempat mengemas-kini blog ini. Ini disebabkan pengendali blog ini ‘berhempas-pulas’ melaksanakan tugas yang baru diceburinya semenjak tempoh itu. Apatah lagi tugas yang berat itu sebenarnya adalah peluang daripada ALLAH TA’ALA untuk berkhidmat kepada nusa bangsa tercinta, khususnya kepada penduduk-penduduk Negeri Selangor Darul Ehsan. Walaupun sibuk, namun gelanggang Silat Kalimah (Yahya Said) / KSK(YS) tetap tidak dilupai.

Alhamdulillah sekali lagi, pada 6 Ramadhan 1432 Hijriyyah / 6 Ogos 2001 Masehi yang lalu, Kelab Silat Kalimah (Yahya Said) dibawah naungan gurunya yang dikasihi; Pak Jo telah berjaya dengan izin ALLAH menghidupkan program Ihya’ (Menghidupkan) Ramadhannya. Dimulai dengan acara ‘Iftor Jama’ie’ (Berbuka Puasa Beramai-Ramai ) sehinggalah ke acara Solat Tarawih berjemaah yang dipimpin oleh Penasihat & Jurulatih Kelab Silat Kalimah (Yahya Said) ; Ustaz HM. Joraimi. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Cikgu Saari Basri bersama anak sulungnya dari Perguruan Silat Kalimah Serumpun Jati dan juga dengan kehadiran ‘orang kuat’ Persatuan Silat Kalimah Yahya Said ; Cikgu Huzaimi.

Suasana yang ceria ( mengalahkan ASTRO CERIA ) . Apa taknya, buka puasa sudah, solat pun sudah dan tarawih pun dah sudah. Tinggal sekarang nak berborak-borak laa. Cikgu Saari lagi la ceria menyedut ‘ Gudang Garam Surya ‘ nya seolah-olah berada di tepi kolam pancing.

 

Selepas Solat Tarawih Berjemaah, program dilanjutkan lagi dengan acara ‘Morey’ dan juga rakaman video wawancara ekslusif bersama Pak Jo. Wawancara pada malam itu lebih memfokuskan kepada tajuk-tajuk ‘panas’ seperti : “ Mengapa Pak Jo tidak bersetuju untuk bergabung dengan Persatuan Silat Kalimah Malaysia ? “ , “ Kisah di Antara Allahyarham Pak Ya – Allahyarham Cikgu Azmi Long – Pak Jo “ dan “ Kenyataan Rasmi Kelab Silat Kalimah (Yahya Said) mengenai AJARAN SYIAH “.

 

Pak Jo sedang meneliti pandangan dan kefahaman sebahagian pesilat-pesilat Kalimah yang bertukar-tukar pandangan di Ruangan Facebook Silat Kalimah.

 

Rakaman-rakaman video tersebut merupakan sebahagian daripada isi-isi kandungan DVD KELAB SILAT KALIMAH (YAHYA SAID) : SATU PENGENALAN, yang bakal diterbitkan selepas Ramadhan al-Mubarak ini, insya-ALLAH. DVD tersebut memuatkan Silibus Peringkat 1 Silat Kalimah (Yahya Said) yang dipraktikkan di kelab ini dan juga di gelanggang-gelanggangnya. Dalam bahasa lain, sebagaimana silibus yang difahami – disemak semula – dibincangkan di antara anggota-anggota Dewan Perguruan KSK(YS) – dan dikembangkan oleh Pak Jo. Aksi-aksi Silibus Peringkat 1 KSK(YS) tersebut dilakukan sendiri oleh Pak Jo bersama-sama jurulatihnya ; Cikgu Rosman ( Abang Man ‘Orang Karen’ ).

 

Bahan bercetak ini adalah kumpulan tulisan di dalam Blog Kelab Silat Kalimah ( Yahya Said ) yang dicetak keluar untuk simpanan dan rujukan Pak Jo. Beginilah yang biasa penulis lakukan. Dan penulis akan mengubah lagi beberapa perkara yang wajar diubah selepas mendapat pandangan daripada Pak Jo dan Badan Perguruan Silat Kalimah (Yahya Said)

 

Di samping itu, DVD tersebut memuatkan juga rakaman video ( sebagai tanda kenangan ) aksi-aksi jurulatih-jurulatih KSK(YS) dan juga pelatih-pelatihnya. Disertakan juga dengan Wawancara Ekslusif bersama Pak Jo mengenai ‘isu-isu panas’ khususnya yang berkait-rapat dengan perkembangan Silat Kalimah dan cabaran pemikiran umat Islam di masa kini. DVD KSK(YS) : SATU PENGENALAN ini dibuat sebagai memenuhi hajat murid-murid Pak Jo yang telah berjaya menamatkan 3 Peringkat Silibus Pelajaran KSK(YS) . Selain itu, ia juga sebagai ‘MODAL RUJUKAN’ kepada para jurulatih dan pelatih KSK(YS) ini.

Rosman ni tengah bersyarah ke atau cerita pasal ‘Ubat Kuat’ ?. Sampaikan Zarim dan Pak Jo pun tak boleh tahan nak ketawa.

 

Tidak dilupakan, ia juga sebagai ‘CENDERAMATA BERHARGA’ untuk semua pencinta Silat Kalimah yang diperkenalkan di zaman moden ini oleh Allahyarham Pak Guru Yahya Said yang kita kasihi. Insya-ALLAH, KSK(YS) akan mengadakan sekali lagi PROGRAM IHYA’ RAMADHAN AL-MUBARAK ini pada Hari Sabtu 27 Ramadhan 1432 H / 27 Ogos 2011 M ini bersama semua ahli dan sahabat-handainya.

 

Semoga ia membuahkan manfaat dan sebagai ‘kenangan manis’ sebelum semua menyambut ketibaan Hari Raya ‘Iedul Fitri tidak lama lagi. Sekian. Sehingga bersua lagi. Wassalam.

About Kelab Silat Kalimah (Yahya Said)

The blog for everybody especially for Pak Jauhari's students & lovers.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to RAMADHAN AL-MUBARAK & RAKAMAN VIDEO BERSAMA PAK JO

  1. zul ahmad says:

    salam. maaf mencelah. cma nak bertnya jika ada caw di ipoh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s