MEMANG NAK BELAJAR TAPI ……………….

MEMANG NAK BELAJAR TAPI ……………….

 

“ Buah Terung Bulat-Bulat , Buah Cabai Masak Merah , Dalam Air Ada Ikan “

 

Ini adalah di antara pesanan-pesanan hikmah yang diungkapkan oleh Allahyarham Pak Guru Yahya Said ( Pak Ya ) ; Orang yang bertanggung-jawab memperkenalkan Silat Kalimah di abad moden ini.

 

Apakah artinya pesanan atau seloka di atas ?. Pak Ya  pernah menceritakan bahawa suatu masa dahulu ada seorang penyangak (bandit) mahu melakukan kerja jahatnya itu di sebuah kampung . Disebabkan hujan yang lebat , penyangak itu pun mencari tempat untuk berteduh. Lalu dia pun berteduh di bawah sebuah rumah yang yang mempunyai lantai yang agak tinggi. Dia pun terdengar suara yang mengatakan : “ Kalau kita ini benar-benar YAKIN dengan ALLAH TA’ALA , dengan hanya membaca BISMILLAH sahaja sudah cukup . Apa yang akan kita lakukan itu pastikan berjaya “ .  

 

Barulah si penyangak itu sedar bahawa dia sedang berteduh di bawah sebuah surau dan ada beberapa orang di dalam surau itu sedang mendengar pengajian agama yang disampaikan di situ. Lantas, si penyangak itu pun keluar meredah hujan yang lebat itu meneruskan tujuan asalnya.

 

Tibalah ia di sebatang sungai yang tiada sebarang perahu mahupun sampan yang dapat digunakan untuk merentasinya. Terdetik di hati si penyangak itu : “ Aku yakin apa yang dinyatakan oleh ustaz tadi pasti betul. Aku kena yakin betul-betul dengan ALLAH. Aku kena yakin dengan BISMILLAH “ . Lalu si penyangak itu pun membaca BISMILLAH dan , ‘SubhanalLah’ dia pun berjalan di atas sungai itu tanpa tenggelam hingga sampai ke daratan sana “.

 

Dipendekkan cerita . Setelah itu dia pun bertaubat dan berusaha mendalami ilmu-ilmu agama dengan menimbanya di bawah tarbiyyah (asuhan) ustaz yang bersyarah mengenai YAKIN dan BASMALAH (Bismillah) sebelum itu “.

 

-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-

 

Apa kaitannya dengan seloka pesanan Allahyarham Pak Ya di atas ?. Kaitannya adalah : KEYAKINAN ADALAH PUNCA KEJAYAAN !.

 

Keyakinan yang tidak berbelah-bahagi dan total 100% adalah keyakinan kepada ALLAH ‘AZZA WA JALLA. Namun untuk mengenali ALLAH ‘AAZA WA JALLA itu sudah tentu menerusi beberapa peringkat ataupun tali-temalinya. Iaitu menerusi Malaikat Jibril ( ‘Alayhis Salam ) yang bertugas menyampaikan wahyu-NYA kepada Baginda RasulululLah ( Sollahu ‘Alayhi Wa Ᾱlihi wa Sohbihi Wa Sallam ) , yang kemudian disampaikan pula kepada Para Sahabatnya ( RodhiyalLahu ‘anhum ‘Ajma’ien ) yang kemudiannya disampaikan ilmu wahyu itu kepada generasi selanjutnya hinggalah sampai kepada guru-guru kita yang meneruskan tugas menyampaikan ilmu itu kepada kita di hari ini. Ertinya , tanpa ‘JALAN’ ( guru-guru ) kita, tidaklah kita mengenal ALLAH ‘AZZA WA JALLA dan ilmu-ilmu yang bersumber daripada-NYA itu.

 

-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-

 

Maka, begitulah pula dengan tahap seseorang ‘PENUNTUT ILMU PENGETAHUAN’ ( Sang Murid ) . Semua ilmu yang telah dimilikinya sekarang berasal-usul dan berasaskan kepada KEYAKINAN ( yang juga lahir disebabkan oleh bersangka baik ) kepada sang gurunya.

 

Hinggalah kemudiannya sang murid itu belajar pula berbagai ilmu pengetahuan daripada guru-guru lain dan sehinggalah dia sendiri mampu membuat kajian perbandingan mengenai ilmu yang dimiliki sebelum ini dan apa yang telah dimilikinya sekarang. Semuanya itu asal-usulnya adalah YAKIN dan TERIMA BULAT-BULAT ASAS-ASAS ILMU PENGETAHUAN . Mana mungkin “ mengkaji tanpa mengaji terlebih dahulu “ ! .

 

Dan inilah bukanlah bermaksud mahu membudayakan budaya “ TAKSUB KEPADA GURU “ atau “ MENERIMA SEGALA ILMU TANPA USUL-PERIKSA ( TAQLID BUTA ) “ . Tidak sama sekali !. Bahkan inilah realiti peringkat kematangan dan penguasaan ilmu seseorang manusia itu .

 

Ya, memang benar di dalam kitab-kitab ‘USUL-FIQH’ dibahaskan peringkat pengajian yang dilalui oleh seseorang yang bergelar murid itu. Yang dimulai dengan TAQLID ( Ikut tanpa banyak bersoal-jawab ) , kemudiannya ITTIBAA’ ( Mengikut dengan mengetahui bukti-bukti yang sahih / dalil ) dan kemudiannya peringkat “ IJTIHAD “ ( Mampu Menghasilkan Satu Kajian Baru Yang Benar Berdsarkan Ilmu-Ilmu Yang Dimiliki Selama Ini ) .

 

Cuba bayangkan apa yang terjadi kepada seseorang murid yang baru mula mengira ( menghitung ) , apabila sang guru menyatakan bahawa 1 + 1 = 2 , tiba-tiba si murid mempersoalkan mengapakah jawapannya bukan 3 atau 4 atau 5 ?. Dan apabila gurunya mengajarkannya bahawa 2 + 3 = 5 , maka dipersoalkannya pula mengapakah begitu dan tidak pula sebaliknya . Lantas, apakah ilmu yang akan dikuasai oleh si murid itu tadi selain dari TIDAK MENDAPAT APA-APA !? . Dan inilah realiti tahap menuntut ilmu dan penguasaan pengetahuan  .

 

 

-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-

 

 

Begitulah dengan murid-murid yang datang belajar Silat Kalimah ini. Lebih-lebih lagi yang belajar Silat Kalimah di bawah asuhan dan didikan Pak Jo. Tidak dinafikan bahawa yang datang belajar itu sebahagiannya memang datang dengan ‘ dada yang sudah terisi ‘ dengan berbagai ilmu dan aliran silat sebelumnya.

 

Namun , bagaimanakah seseorang itu mampu menguasai dan memahami sebenar-benarnya ‘ APAKAH SILAT KALIMAH ITU  :  ASASNYA – KEFAHAMANNYA – KONSEPNYA – FALSAFAHNYA DAN HALA TUJUNYA ‘  sekiranya dia sendiri masih di peringkat murid yang baru hendak mengenal cara menghitung dan mengira ?. Bolehkah seseorang yang baru belajar ALIF – BA – TA menceritakan mengenai huruf YA pula ? . Orang yang baru mengenal ‘MENGHITUNG DAN MENGIRA’ tiba-tiba bercerita mengenai Longitud-Latitud ,  Teorem Pythagoras ( Geometri ) , Sain/Kosain/Tengen  atau Algebra ?.

 

Pelajaran Silat Kalimah yang paling asas adalah ‘ BELAJAR BERDIRI DENGAN BETUL ‘ dan ‘ BELAJAR MENUMBUK ( MENYERANG ) SEHINGGA KENA ( KE SASARANNYA ) . Inilah pelajaran paling asas di dalam Silat Kalimah sebagai mana yang ‘ dilakarkan semula ‘ oleh Pak Jo menerusi ilmu dan pengalamannya bersama-sama sahabat dan guru kesayangannya ; Allahyarham Pak Guru Yahya Said ( Pak Ya ) .

 

Namun , yang datang belajar ini memang bermacam-macam ragam dan banyak pula ‘songel’ nya . Ada yang apabila diajar ‘ BERDIRI DENGAN BETUL ‘ , tiba-tiba dia membangkang ( walaupun secara halus dan lembut ) dengan mengatakan “ Saya lagi syok ( seronok / suka ) berdiri seperti ini ( iaitu dengan caranya sendiri dan bukannya dengan cara yang dilakarkan di dalam Silibus Silat Kalimah ).

 

Dan apabila diajar kepadanya ‘ CARA MENYERANG DENGAN BETUL ‘ , iaitu betul menepati kaedah QAULI ( Tutur-Kata ) – FE’KLI ( Tindak-Tanduk ) – QOLBI ( Niat dan Tujuan )  yang mewarnai tunggak utama pelajaran Silat Kalimah ini, tiba-tiba dia menjawab : “ Saya lebih suka menumbuk cara silat itu atau dengan gaya pendekar si fulan “ .

Maka , apakah si murid itu benar-benar akan dapat memahami dan menguasai Konsep dan Falsafah Silat Kalimah itu sendiri ?. Ataupun si murid itu akan menjadi orang yang putus asa di pertengahan jalan ataupun menjadi si murid yang hanya mengaku belajar Silat Kalimah namun ‘ Silat Lain ‘ pula yang dikembangkannya di dalam gelanggang Silat Kalimah itu sendiri ?.

 

Bukanlah mahu melarang bersoal-jawab apatah pula berhujah secara sihat , namun jika asas-asasnya sebagaimana dilakarkan di dalam silibus pelajaran pun tidak dituruti , bagaimana mahu menguasai pula peringkat-peringkat selanjutnya ?. Bukankah ‘ kajian perbandingan ’ itu adalah peringkat lanjutan yang hanya ditempuhi selepas tamat dengan jayanya peringkat-peringkat asas ?.

 

Bagaimana kita hendak ‘merasai’ keaslian ‘ AIR TEH CAP SILAT KALIMAH ‘ apabila cawan yang dibawa itu sudah berisi / masih berisi ‘ AIR KOPI CAP SILAT ABC ‘ ? . Kosongkanlah dan bersihkanlah  ‘cawan’ itu agar ‘ RASA AIR TEH CAP SILAT KALIMAH ‘ dapat dinikmati dengan sepenuhnya dan jika masih berhajat kepada ‘ AIR KOPI CAP SILAT ABC ‘ , nantilah selepas selesai merasai ‘AIR TEH CAP SILAT KALIMAH ‘ itu tadi.  Mencampur-adukkan di antara ‘ TEH ‘ dan ‘ KOPI ‘ itu di dalam cawan yang sama akan merosakkan keaslian rasa setiap air minuman itu masing-masing !. Maka hilanglah rasa ‘ TEH ‘ mahupun  ‘ KOPI ‘ itu tadi. Namun setelah puas menikmati kedua-dua minuman itu tadi dan mahu mencipta satu minuman baru yang berasaskan kedua-duanya maka tidaklah mengapa . Begitulah juga dengan ibarat seseorang yang mencampur-adukkan di antara Silat Kalimah dengan selainnya ketika sessi belajar atau mengajar  Silat Kalimah .

 

‘ Silibus dan Pelajaran adalah lain. Sedangkan kemahiran dan kependekaran pula adalah lain ‘ . Maka usahlah hairan sekiranya ada yang ‘ biasa menang bergaduh ‘ tetapi tidak tahu bagaimana mahu melakarkannya dan mengembangkannya di dalam sesebuah silibus pelajaran yang sistematik . Ramai yang menjadi ‘jaguh’ dan ‘gedebe’ tetapi tidak mampu menjadi ‘ guru silat ‘  .

 

Mudah-mudahan kita tidak menjadi golongan yang hanya dikenal sebagai ‘ Ahli-Ahli Silat Kalimah ‘ kerana pakaian Silat Kalimah ( Uniform Putih dan berlogokan Silat Kalimah ) semata-mata , bahkan –sukatan-langkahan – tepisan – kaedah yang dipraktikkan dan dikembangkan adalah berupa-bentuk dan bercorakkan ‘ Seni Tempur Lain ‘ pula !.  Maka tidak hairanlah apabila ramai yang dengan ‘ selayang pandang ‘ menyatakan ia sebagai ‘ Karate Jepun ‘ .

 

About Kelab Silat Kalimah (Yahya Said)

The blog for everybody especially for Pak Jauhari's students & lovers.
This entry was posted in INTIPATI SILAT KALIMAH, Pengenalan, RENUNGAN, SILIBUS PELAJARAN. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s