PAKAIAN DAN SENJATA MENURUT SILAT KALIMAH

PAKAIAN DAN SENJATA MENURUT SILAT KALIMAH

 

Alhamdulillah , kita bersua sekali lagi di ruangan Blog Kelab Silat Kalimah ( Yahya Said ) ini . Semoga saudara/i telah memahami Konsep – Tujuan – Hala Tuju Silat Kalimah yang diwarisi daripada Allahyarham Pak Guru Yahya Said ( Pak Ya ) melalui paparan-paparan dan coretan-coretan sebelum ini.

 

Silat Kalimah adalah Silat Fitrah . Ia menepati citarasa dan sifat fitrah ( sifat asal yang disediakan oleh ALLAH ) pada diri setiap hamba ALLAH yang mengucapkan ( dan menjaga dengan baik ) DUA KALIMAH SYAHADAH yang diucapkan sehari-hari .

 

Pergerakan dan latihannya adalah menepati sifat-sifat seseorang manusia muslim , lebih-lebih lagi individu yang melaksanakan solat fardhu 5 waktu sehari-hari. Lantaran itulah kerap dinyatakan bahawa : “ Silat Kalimah adalah Silat Fitrah dan Gerak-Gerinya Terhasil Menerusi Cetusan dan Inspirasi Gerak-Geri dan Tujuan Solat  “ .

 

 -#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-

 

Pernahkah anda melihat Pak Guru Yahya Said ( Pak Ya ) berpakaian lagak seperti seorang Pendekar ataupun Panglima Melayu Lama ?. Iaitu mengenakan Tengkolok / Tanjak di kepala , berbaju layang di luar , berselempang (selendang) , memegang keris ataupun sundang / pedang ataupun tekpi ataupun lembing di tangannya  dan mengenakan seluar singkat serta bercapal di kakinya ?.

 

Kalau ada sekalipun , hanyalah berdasarkan gambar di bawah ini :

 

Di dalam gambar  di atas , Pak Ya mengenakan songkok ( dan bukannya tengkolok / tanjak ) , keris disisipkan di pinggang kanannya ( mengapa tidak di sebelah tengah atau kiri sebagaimana yang biasa kita lihat ? ) dan berbaju-berseluar hitam ( baju Melayu Tradisional ) . Memakai pakaian seperti itu adalah pakaian yang biasa di pakai oleh kebanyakan orang Melayu di zaman itu ( sehinggalah ke hari ini ) , lebih-lebih lagi bagi seseorang lelaki yang telah mencecah umur  seperti Pak Ya . Maksudnya : Jika tidak ada keris disisipkan di pinggang, maka  dengan pakaian seperti itu seseorang itu belum tentu dianggap sebagai SEORANG PANGLIMA / PENDEKAR / GURU SILAT . Sila perhatikan gambar-gambar lain yang memuatkan foto aksi-aksi Pak Ya ketika masih hidup.

 

Persoalannya adalah :  “ Mengapakah Pak Ya tidak berpakaian yang dapat menonjolkan dirinya seperti seorang Panglima , ataupun seorang Pendekar , ataupun paling kurang sebagai seorang Guru Silat Melayu ???   “ .

 

Jawapannya adalah : “ Kerana beliau ( Pak Ya ) telah menyelami Falsafah dan Konsep SIlat Kalimah yang LEBIH mahu menonjolkan seseorang itu sebagai seorang MUSLIM ( yang turut sama menegakkan Ajaran Fitrah ) berbanding menonjolkan diri sebagai seorang PANGLIMA , PENDEKAR mahupun sebagai seorang Guru Silat Melayu  “ .

 

Adakah mungkin juga disebabkan beliau adalah seseorang yang “ LOW PROFILE “ ?.  Ya , itu pun benar juga . Namun jawapannya yang lebih menepati asuhan dan didikan Pak Ya di dalam Silat Kalimah adalah sebagaimana yang telah disebutkan sebentar tadi .

 

 

Bahkan , renungkanlah lagi baik-baik kepada kisah bagaimana pengasas awal Silat Kalimah ; Syeikh Abdullah Al-Qumayri al-Qibrori ar-Rifa’ie ( RahimahulLoh ) dari Negeri Yaman “ mengadap “ Raja Kedah Tua di waktu itu ; Raja Phra Ong Mahawangsa , yang sedang mabuk disebabkan oleh “ Air Kencing Syaitan “ itu. Adakah “ Tok Syeikh “ itu berpakaian sebagai seorang panglima / pendekar ataupun hanya berpakaian yang selayaknya bagi seseorang pendakwah dari Tanah Arab di waktu itu ?.

 

-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-

 

Izinkan penulis menjelaskan lagi agar minda kita lebih terbuka dan semakin jernih .

 

Mengapakah di dalam SILAT KALIMAH ini tiada “ SENJATA RASMI “ ? .  Parang Lading bukanlah “ SENJATA RASMI SILAT KALIMAH “ . Ia hanyalah ALAT PERTANIAN yang digunakan oleh guru-guru Silat Kalimah seperti Allahyarham Panglima Rasyid untuk memudahkan kerjanya bercucuk-tanam. Selepas digunakannya, disangkutlah parang lading itu di dinding rumahnya ataupun diselitkan sahaja di celah-celah kepingan papan yang menjadi dinding rumahnya . Tiada bukti lisan apatah lagi bertulis dari guru-guru Silat Kalimah termasuklah Pak Ya sendiri mahupun gurunya sendiri : Panglima Rasyid yang menyatakan bahawa “ PARANG LADING ADALAH SENJATA RASMI SILAT KALIMAH “ ! .

 

Tindak-tanduk ‘menobatkan’ alat pertanian seperti PARANG LADING itu sebagai sebuah senjata rasmi bagi sesebuah perguruan Silat Melayu BUKANLAH BERASAL DARI ajaran guru-guru lama Silat Kalimah melainkan ia hanyalah reka-rekaan dari perguruan lain yang mirip ‘ permainan ‘ nya dengan Silat Kalimah ini .

 

 

Parang Lading pun bukan , Kelewang pun bukan . Apatah lagi dengan lain-lain senjata tradisional Melayu . Yang ada , cumalah “ LATIHAN MENGGUNAKAN SENJATA UNTUK SESEBUAH PERTUNJUKAN “ . Inilah hakikat sebenarnya !. Jika tidak , sudah pasti SILIBUS PELAJARAN SILAT KALIMAH turut memuatkan senjata-senjata itu termasuklah Parang Lading dan Kelewang ( jika kedua-dua alat itu tetap mahu dianggap sebagai senjata tradisional ) . Namun , tidak ada sebarang rekod sahih mengenai hal itu .

 

-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-

 

 Seseorang pesilat mahupun guru silat berbeza dengan seseorang pendekar , apatah lagi dengan seseorang panglima mahupun laksamana . Seseorang pendekar , lebih-lebih lagi seseorang panglima dan laksamana mestilah mempunyai “ GERAK “ yang melampaui  tahap pelajaran / silibus pelajaran silat yang dimiliki sebelum ini . Dalam bahasa lain , dia mampu menghasilkan sesuatu “ GERAK “ yang lebih daripada apa yang terlakar di dalam silibus pelajaran silatnya . Sebab itulah seseorang guru silat itu belum tentu layak menyandang gelaran “ PENDEKAR “ , apatah lagi gelaran “ PANGLIMA “ , dan lebih-lebih lagi gelaran “ LAKSAMANA “ .

 

 

Kembali kita kepada persoalan awal : Jika begitu , apakah sebenarnya SENJATA TRADISIONAL yang diajarkan menurut Falsafah dan Konsep Silat Kalimah itu sendiri apabila Parang Lading pun bukan dan Kelewang pun bukan ?.

 

Maka jawapannya adalah “ SENJATA YANG SESUAI DENGAN FITRAH KEBIASAAN SESEORANG MANUSIA MUSLIM ITU DI DALAM MENJALANI KEHIDUPANNYA SEHARI-HARI “ . Itulah sebenar-benarnya SENJATA SILAT KALIMAH .

 

Apa maksudnya ?. Maksudnya : USAHA – DOA – YAKIN – TAWAKKAL – BERHARAP kepada ALLLAH SUBHANAHU WA TA’ALA melalui anugerah-NYA yang telah ‘dipinjamkan’ di dalam bentuk anggota-anggota tubuh badan kita di samping menggunakan alat-alat ( perkakas ) yang dicipta untuk memudahkan lagi kerja-kerja seseorang manusia yang beragama Islam itu sendiri .

 

Inilah yang biasa diucapkan oleh Pak Ya : “ Sejengkal – Dua Jengkal – Empat Jengkal – Lapan Jengkal – Sebujur Tubuh – Sebidang Dada – Papan Sekeping “ .  Kata-kata  di atas itu adalah “ PETUA ILMU SUKAT DAN UKUR “ yang diajar di peringkat awal lagi berdasarkan Silibus Pelajaran Silat Kalimah .

 

Bahkan ia juga meliputi ALAT-ALAT PEKERJAAN SEHARI-HARI yang dapat digunakan oleh seseorang itu , bukan untuk bertempur ( berperang ) semata-mata , bahkan ia juga relevan ( sesuai ) dengan TUNTUTAN HIDUP SESEORANG MUSLIM YANG MEWARISI AGAMA FITRAH INI . Maka , yang bersesuaian dengan tuntutan itu dan petua ( pesanan ) Pak Ya di atas adalah : TONGKAT , GOLOK DAN PISAU .

 

Tongkat adalah keperluan hidup , lebih-lebih lagi kepada mereka yang mengharungi semak-samun dan hutan belantara . Bahkan menurut hadits-hadits sahih yang dinyatakan oleh Al-Imam Jalaluddin As-Suyuti ( RahimahulLoh ) di dalam kitabnya ; “ Al-Hawi Lil Fatawa “  bahawa kesemua Nabi dan Rasul ( ‘Alayhimus Solatu Was Salam ) termasuklah Baginda RasululLah ( SollalLohu ‘Alayhi Wa Sallam ) menggunakan tongkat di dalam kehidupan mereka . Bahkan ia juga adalah “ SENJATA “ di saat kecemasan sebagai mana dinyatakan oleh Al-Imam Hassan al-Basri ( RahimahulLoh ) berdasarkan kitab “ Jawharul Mawhub Wa Munabbihat al-Qulub “ – karangan Asy-Syeikh ‘Ali bin ‘Abdur Rahman al-Kalantani ( RohimahulLoh ) .

 

 

Golok pula adalah keperluan seseorang manusia di dalam kehidupannya sehari-hari , lebih-lebih lagi bagi seseorang Muslim . Ia juga berkait rapat dengan hal-ehwal penyembelihan binatang yang halal dimakan  yang dikira sebagai suatu ibadah dan taqarrub kepada ALLAH ‘AZZA WA JALLA . Dan begitulah juga dengan pisau sebagai alat bantuan hidup .

 

Inilah KEPERLUAN FITRAH SESEORANG MANUSIA , lebih-lebih lagi yang bergelar MUSLIM . Dan sekiranya anda keluar dengan membawa Tongkat , Golok mahupun Pisau , anda belum tentu dianggap akan “ Gelanggang Silat “ , apatah lagi ke “ Medan Pertempuran “ . Berbeza sekali jika anda keluar dari rumah anda dengan membawa Keris , Kerambit , Pedang , Tekpi ataupun Kayu / Besi Berantai ( Nunchaku ) .

 

Itulah juga sebabnya mengapa di dalam SILIBUS PELAJARAN SILAT KALIMAH tidak ada sebarang silibus senjata yang melibatkan apa-apa yang dianggap secara rasminya (asalnya) sebagai SENJATA PERTEMPURAN , melainkan yang ada hanyalah yang melibatkan TONGKAT , GOLOK dan PISAU . Itupun bagi mereka yang mempelajarinya berdasarkan Silibus Pelajaran Silat Kalimah yang dinilai-semula oleh sahabat , anak angkat dan murid kepada Allahyarham Pak Guru Yahya Said ( Pak Ya ) iaitu Pak Jo .

 

Silat Kalimah ini adalah Silat Fitrah , maka tidak seharusnya ia dipisahkan daripada apa-apa alat yang sesuai dengan TUNTUTAN FITRAH SESEORANG INSAN YANG BERAGAMA ISLAM itu sendiri ! . Bukan itu sahaja puncanya , malah pesanan dan petua Pak Ya itulah lebih membuktikan keperluannya untuk di ‘expose ‘ kan di dalam Silibus Pelajaran Silat Kalimah .

 

Maka , sekali lagi dinyatakan , mengapakah tidak PARANG LADING , mahupun KELEWANG ?. Jawapannya kerana ia pada asalnya adalah ALAT PERTANIAN . Jika mahu kedua-dua ALAT PERTANIAN itu dianggap senjata rasmi kerana ia tetap boleh digunakan sebagai senjata di saat kecemasan , maka mengapa tidak dipilih juga CANGKUL , GALAH , SABIT , GUNTING PEMOTONG DAHAN , SKOP , BAJAK , PENYAPU DAN SUMPAMANYA YANG TURUT SAMA BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI SENJATA DI SAAT MENDESAK ( KECEMASAN ) ?. Lakukanlah jua seperti itu dan usunglah semua itu di atas dulang , di dalam kotak berkaca , dikelek dan disandang bagaikan seorang panglima istana Melayu menyandang sundang dan keris  dan diiringi pula dengan beberapa orang di kiri – kanan dan belakang , beserta paluan kompang ,  tiupan serunai – nafiri  dan paluan gong ?.

 

FITRAH seseorang manusia ( lebih-lebih lagi bagi seseorang Muslim ) akan ‘ berasa sinis ‘ dengan tindak-tanduk seperti itu kerana AKAL YANG BIJAKSANA DAN WARAS itu sebenarnya termasuk di dalam pengertian FITRAH itu sendiri . Dan itulah juga FALSAFAH DAN KONSEP PENDIDIKAN & ASUHAN SILAT KALIMAH yang diwarisi daripada guru-guru kita mulai Allahyarham Pak Ya sehinggalah kepada Syeikh ‘Abdullah al-Qumayri al-Qibrori ar-Rifa’ie ( Syeikh Tajreed RahimahulLoh ) .

 

About Kelab Silat Kalimah (Yahya Said)

The blog for everybody especially for Pak Jauhari's students & lovers.
This entry was posted in INTIPATI SILAT KALIMAH, Pengenalan, RENUNGAN, SEJARAH, SILIBUS PELAJARAN. Bookmark the permalink.

6 Responses to PAKAIAN DAN SENJATA MENURUT SILAT KALIMAH

  1. zai says:

    Pandangan saya,
    kelewang bukan alat pertanian. Kelewang(berbagai jenis dengan panggilan yang berlainan) merupakan senjata mempertahankan diri yang popular di kelantan dan boleh dikatakan setiap rumah orang dulu- dulu ada menyimpang senjata ini, malah popular sampai hari ini dan cukup senonin dengan masyarakat kelantan. Alatan pertanian paling popular di kelantan ialah kapak,parang,sadat (sabit) dan golok (untuk kerja ringan).

    Berbeza dengan Lading (popular di kedah) ada berbagai jenis dan kegunaan, kebanyakannya untuk kerja-kerja seperti memotong pelepah dan di kelantan pun ada (tidak popular) tapi fungsinya seperti parang.
    Lading yang yang diguna untuk mempertahankan diri sebagaimana SC yang diasas oleh ustaz hanafi adalah berbeza dari segi ukuran, saiz,berat,bentuk,hulu dan bentuknya, walaupun nampak lebih kurang sama.Apatah lagi cara membuatnya dengan petua yang tertentu.

  2. paklang says:

    asalamualaikum…bagus pegetahuan anda tentang pak yahya… namun untuk pengetahuan lebih pak yahya adalah seorang penjual ubat yang terkenal… ubatnya amat mujarab… anaknya pak rashid. merupakan ayah angkat saya..namun pemergiannya amat terharu… namun jenazahnya masih megingatkan saya.. tersenyum… saya ingin kongsikan cerita..pak yahya pernah pergi ke satu tempat berniaga..dipedekkan cerita ada org mencabar drinya bertarung .. sejak pertarungan itulah.. drinya amat terkenal dipasar pasar malam.. namun selepas itu pak rashid ambil alih perniagaanya .. sama juga ada seorg askar yang ingin mencabarnya namun kata kata pak rashid mereka masuk kedalam semak jauh dri org.. untuk bertarung siapa yang keluar dianggap menang.. di pendekkn cerita pak rashid menang .. tapipaling best menag bukan guna buah tapi guna kunci… tubuh… kehebatannya amat dikagumi saya… namun saya masih pegang dgn silat kalimah… teruskan ..

  3. zain says:

    janganla mencaci segala rupa silat melayu yang lain..semuanya berasal daripada pengasas yang sama….dan semuanya akan berbalik pada YANG ESA…

  4. Pening2 says:

    Kenapa silat ni mcm buat perbandingan dengan silat cekak jer?n lagi satu, perlu ke buat perbandingan sampai meletakkan gambar drpd persatuan tertentu..bukankah ini blh menjatuhkan maruah seseorg..rasanya dh blh tahu sape yg btl..

  5. salamun ‘alaik…kalau parang lading itu bukan senjata khas silat kalimah…kenapa salah satu logo di atas meletakkan bentuk parang lading sebagai salah satu elemen logo?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s