( 31 ) – SIAPAKAH PENGASAS SEBENAR SILAT KALIMAH DAN APA HUBUNGANNYA DENGAN PENUBUHAN KERAJAAN KEDAH DARUL AMAN DAN BANGSA MELAYU SERANTAU ?

( 31 ) – SIAPAKAH PENGASAS SEBENAR SILAT KALIMAH DAN APA HUBUNGANNYA DENGAN PENUBUHAN KERAJAAN KEDAH DARUL AMAN DAN BANGSA MELAYU SERANTAU ?

 

 

Boleh dikatakan semua pesilat Silat Kalimah yang dikembangkan di zaman moden ini oleh Allahyarham Pak Guru Yahya Said ( Pak Ya ) percaya bahawa PENGASAS TERAWAL SILAT KALIMAH ini adalah SYEIKH TAJREED . Itulah nama yang disebut-disebut zaman berzaman oleh para pesilat aliran ini . Bahkan mereka juga percaya bahawa tuan syeikh itu jugalah yang menyebabkan Raja Kerajaan Kedah Tua di masa itu memeluk Islam . Khabarnya , tuan syeikh itu bukan datang berseorang untuk berdakwah malahan bersama 11 orang lagi para pendakwah yang bersama-sama dengannya untuk tujuan yang suci-murni itu .

 

Semua orang tahu bahawa raja-raja di zaman dahulu bukanlah orang sembarangan . Sudah pasti yang menjadi raja itu ibarat kata orang-orang tua : “ Siapa kudrat ( kuat ) , dialah yang berdaulat ( berkuasa ) “ . Sebab itulah tidak sedikit di dalam rakaman sejarah dunia ini yang menunjukkan seseorang raja / pemerintah itu digantikan oleh orang lain walaupun bukan “ berdarah raja “ disebabkan mempunyai kelicikan ilmu siasah ( politik ) yang lebih dalam dan juga disebabkan mempunyai ilmu perang ( ilmu tempur ) yang lebih tinggi daripada seseorang raja atau pemerintah itu .

 

Maka begitulah dengan Raja Kerajaan Kedah Tua ini . Sudah pasti semua keperluan ilmu tersebut ada pada diri baginda. Jika tidak , masakan seorang raja yang datang dari jauh ( Negara Parsi ) yang bukan penduduk tempatan dapat diterima rakyat jelata menjadi tuan kepada mereka .

 

Bagaimanakah seorang raja yang gagah-perkasa dan memiliki berbagai ilmu ( termasuklah ‘ilmu kebatinan’ – yang merupakan satu tradisi yang mesti ada pada raja-raja dahulu ) boleh ‘ tunduk ‘ kepada tuan syeikh yang datang untuk menyebarkan satu agama baru di masa itu ? .

 

Hampir semua pesilat Silat Kalimah percaya bahawa kisah raja itu tunduk kepada pujukan dakwah tuan syeikh itu selepas kalah di tangan syeikh itu . Kisahnya ringkas sahaja , suatu hari tuan syeikh itu masuk ke dalam istana baginda dan melihat baginda sedang meminum arak . Tuan syeikh itu menegur perbuatan baginda itu yang disamakan dengan “ perbuatan minum air kencing syaitan “ . Baginda pun murka lalu menyerang tuan syeikh yang menegur itu . Namun sia-sia sahaja tindakan baginda , semuanya tidak menjadi . Segala silat dan segala ilmu kebatinan yang baginda miliki tidak mampu mengalahkan tuan syeikh itu. Akhirnya baginda pun memeluk Islam dan kemudiannya diikuti oleh pembesar-pembesar kerajaannya di masa itu .

 

Rumusan paling utama dari “ cerita lisan “ yang diterima oleh generasi Silat Kalimah zaman-berzaman itu adalah : Tuan Syeikh Pendakwah itu berjaya mengalahkan Raja Kedah Tua dengan silatnya yang dikenali sebagai SILAT KALIMAH . Dan rentetan daripada kekalahan itu , Raja itu pun memeluk Islam dan mengembangkan Silat Kalimah itu secara tertutup untuk panglima-panglima istananya semata-mata sehinggalah ke zaman moden ; zaman Pak Yahya Said , barulah silat itu terbuka kepada golongan rakyat jelata “ . Begitulah kepercayaan para pesilat aliran ini hasil “ cerita lisan zaman-berzaman “ tersebut .

 

Mari kita kumpulkan kembali beberapa butiran penting dari “ cerita lisan “ itu dan kita renungi semula secara “ berlapang dada “ dan ditimbangi pula dengan ilmu yang jelas lagi sahih serta iman yang mendalam  :

 

A – Tuan Syeikh Pendakwah itu dikatakan namanya “ SYEIKH TAJREED “ ? . Siapakah sebenarnya beliau ?. Daripada manakah asal-usulnya ?. Apakah aliran / pegangan mazhabnya ? . Dan yang paling penting , apakah bukti-bukti bertulis ( sejarah ) yang sahih yang menyokong dakwaan “ cerita lisan “ itu ? .

 

B – Siapakah pula Raja Kerajaan Kedah Tua di masa berlakunya peristiwa itu ?. Adakah Raja Merong Mahawangsa I ? , Atau Raja Merong Mahawangsa II ? , Ataupun keturunan selepas itu yang dikenali sebagai Phra Ong ( Maharaja ) Dhurbar Raja II ? .

 

C – Benarkah SILAT KALIMAH itu sendiri sememangnya diasaskan oleh Tuan Syeikh Tajreed ?. dan dengan silat itu jugalah tuan syeikh itu dapat mematahkan silat-silat dan ilmu-ilmu kebatinan yang dimiliki oleh Raja Kedah Tua tersebut ? . Dan kemudiannya silat itulah dinobatkan menjadi “ Silat Istana Kedah “ dan hanya diwarisi oleh golongan panglima istana sehinggalah ke zaman Panglima Tok Rasyid yang kemudiannya mengajarkan “ Silat Istana “ itu kepada orang awam iaitu ; anaknya sendiri yang bernama Bidin dan anak angkatnya yang bernama Yahya bin Said ? .

 

D – Dan adakah SILAT KALIMAH yang dilihat sekarang serupa ( termasuklah silibus pelajarannya ) dengan zaman dahulu ? . Jika ya , adakah ia memang begitu di zaman hidupnya Syeikh Tajreed itu lagi ? .

 

Dalam bahasa lain : “ Adakah Silat Kalimah yang digayakan dengan rupa bentuk Silat Melayu itu ( walaupun ada juga pesilat-pesilatnya lebih senang menggayakan dengan bentuk meniru gaya orang Jepun mempersembahkan Seni Beladiri mereka ) itu benar-benar ciptaan Tuan Syeikh yang datangnya bukan dari Tanah Melayu sendiri ? .

 

Keempat-empat soalan di atas itu diajukan kepada pesilat Silat Kalimah keseluruhannya : samada guru – jurulatih – pelajar , agar makin bersyukur dengan kelebihan ALLAH TA’ALA menerusi Silat Kalimah yang mereka warisi itu dan agar minda mereka lebih terbuka untuk menilai semula apa yang telah mereka warisi dan pegangi selama ini .

 

Dan yang lebih penting ke arah memerdekakan fikiran mereka agar tidak menjadi golongan yang hanya reti bersilat semata-mata , bahkan menjadi golongan yang cerdas akalnya – dalam renungannya – luas pandangannya – jauh wawasannya – kemas pegangannya dan benar hujahnya . Bukan menjadi golongan yang membudayakan sikap TAQLID BUTA ( Ikut buta-tuli tanpa usul-periksa ) yang akan melahirkan taksub dan jumud yang sudah pasti bertentangan sikap itu dengan Wahyu Pertama yang berbunyi : I Q R A K = Bacalah ! ( belajarlah ) !.

 

Tok guru silat adalah tok guru di dalam bidang silat , bukannya tok guru di dalam segala bidang dan lapangan ilmu pengetahuan yang menyebabkan murid-muridnya “ malu untuk bertanya atau hanya terpaksa “ menutup mulut “ daripada sebarang perbincangan dan muzakarah ilmiah yang kadang-kadang mungkin “ mengusik kembali “ pegangan dan kefahaman seseorang guru itu selama ini .

 

Insya-ALLAH akan bersambung .

 

 

About Kelab Silat Kalimah (Yahya Said)

The blog for everybody especially for Pak Jauhari's students & lovers.
This entry was posted in INTIPATI SILAT KALIMAH, Pengenalan, SEJARAH, SILIBUS PELAJARAN. Bookmark the permalink.

4 Responses to ( 31 ) – SIAPAKAH PENGASAS SEBENAR SILAT KALIMAH DAN APA HUBUNGANNYA DENGAN PENUBUHAN KERAJAAN KEDAH DARUL AMAN DAN BANGSA MELAYU SERANTAU ?

  1. naim says:

    Syeikh Tajreed…nama sbnrnye Syeikh Abdullah Al-Qumairi…beliau merupakn Ahlu Bhait…
    untuk maklumat lnjut..sila la layari lm web ini..http://pgssajkm.blogspot.com/

  2. Ya , begitulah yang kami faham di dalam Persatuan dan Kelab Silat Kalimah (Yahya Said) ini . Namun tidak semua pesilat Silat Kalimah mahu mengakuinya dengan berbagai alasan , antaranya disebabkan tok-tok guru Silat Kalimah dulu tak sebut pun namanya begitu dan kedua sebab tidak mahu mengakui @ mengiktiraf hasil kajian pihak lain yang tidak berkaitan dengan Silat Kalimah , walaupun pihak lain itu jauh lebih berilmu-pengetahuan . Ego itulah masalah sebenarnya .

  3. Salam Tuan rumah..

    Nama sebenar Sheikh yang disebut ‘Tajreed’ itu adalah Sheikh Abdullah Bin Sheikh Ahmad Bin Sheikh Jaafa Qaumiri. Beliau adalah murid kepada Sultanul Auliya, Sheikh Abdul Qadir Al Jilani. Hakikat dan sumber kenyataan ini adalah berdasarkan:
    1. Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah – Muhammad Hassan Datuk Kerani Muhammad Arshad
    2. Sejarah Umat Islam, Jilid I, II & III – Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA)
    3. Undang-Undang Kedah – Penulis tidak diketahui
    4. Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu – Tun Dr. Suzzana Othman
    5. … Dan beberapa sumber rujukkan lagi yang mana kalau ditulis di sini akan menjadi panjang. Cukuplah sekadar yang penting.

    Nama-nama raja seperti Pra Ong Mahawangsa, Om Mahawangsa dan sebagainya yang dipetik dari berdasarkan ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ adalah tidak tepat. Ini adalah kerana kitab ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ itu sendiri lebih bersifat hikayat dan cerita dongeng – Tidak boleh di jadikan rujukan atau fakta sejarah. Merong Mahawangsa ini telah dicipta bagi mempertahankan bangsa Siam di Kedah, Pattani dan sebagainya yang turun leluhurnya dari Kerajaan Ayutthia yang berperang dengan bangsa Sukothai (Pemerintah Thai sekarang). Hakikat sebenar nama Raja-Raja terawal bagi Kedah Tua telah disebut dengan jelas sekali di dalam Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah iaitu:
    1. Maharaja Derba Raja
    2. Maharaja Diraja Putra
    3. Maharaja Maha Dewa
    4. Seri Maharaja Karna Diraja
    5. Seri Paduka Maharaja Kerma
    6. Seri Paduka Maharaja Maha Dewa
    7. Seri Maharaja Derma Raja
    8. Seri Paduka Maharaja Maha Jewa
    9. Seri Paduka Maharaja Derbar Raja II – yang kemudiannya di Islamkan oleh Sheikh Abdulah dan memekai gelaran Sultan Al Muzaffar Shah I

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s